ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Rabu, 30 November 2011

SENGGUGUT

Arghh!!
Bila cakap pasal senggugut ini ia merupakan suatu gambaran yang sedikit menakutkan...tapi itulah hakikat setiap bulan yang sering aku hadapi masa before kahwin..masa tengah gila senggugut dulu aku just amalkan minum air suam agak sedikit panas..alhamdulillah sedikit lega selepas hampir 3-5 jam...hampir satu jag kalau ikut kiraan banyak mana aku minum..kalau boleh aku sedaya upaya elak dari makan segala jenis ubat..aku bukan tak suka makan ubat cuma aku risau kesan2 akan datang je...nauzubillah..Actually, aku sedang teruja kejadian senggugut ni bagaimana...so sambil2 tu aku korek  kat google tadi dan dengor ler cerita aku eh ;)..
(ekceli aku share dari blogger mana mmg aku tak hengat....aku tulis ni kenyataan ni sbb ada readers tak puas hati...lagipun this time freshie agi aku jadi blogger..)

SENGGUGUT
Senggugut atau juga dikenali sebagai ‘premenstrual dysphoric disorder’ atau ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU?

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit ‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’ adalah disebabkan oleh penghasilan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan ‘ibuprofen’ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran ‘prostaglandin’ dan perubahan hormon.


SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

  1. ENDOMETRIOSIS-Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.
  2. FIBROID-Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
  3. PELVIK-Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
  4. ‘INTRAUTERINE DEVICE’ atau ‘IUD’-Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.
haa...dah bis bacakan???bila aku baca benda ini... syukur sangat sebab aku tergolong dari senggugut primer...baruku paham sekarang bahawa punca senggugut  aku masa anak dara adalah kerana berlakunya penguncupan dinding rahim yang amat kuat disebabkan oleh sejenis hormon iaitu prostaglandin...huh..patutla..kenapa orang kata lepas kawen senggugut hilang..rupanya kehamilan dan kelahiran dapat menghilangkan punca senggugut..hehe..yela..dinding rahim remajakan masih sempit..so..sekrang dah kahwin aku tidak lagi sakit...tu yang best kahwin tu..

8 ulasan:

  1. perggghhhh..memang terbaek....maklumat yang berguna..

    BalasPadam
  2. akak pulak sapu minyak cap kapak sekeliling perut.. kurang sikit... telan ubat selalu x bagus..

    BalasPadam
  3. scientifik ...bagus..sy suke article ny

    BalasPadam
  4. Plagarism ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1st u should not type this as anynomus....
      2nd its just because without URL....i know it..but this time im still freshie in blogger world
      and i think u should know....didnt u c that i've write search from google...??
      so i tak tulis this article hasil my writing...i research and bla..bla...
      dis not tesis or assigment....tak perlu skema sangat kot...

      type google tajuk ni...its same point in any blog...
      its just for sharing...

      Padam
  5. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. tips hilangkan senggugut

    BalasPadam
  6. Hebat perkongsian ini, nak share boleh....terima kasih

    BalasPadam

Komen la sikit

let's tweet here

Follow by Email