ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Selasa, 6 Julai 2010

KAFA

Salam ceria sumer...
lama tak update blog..so hari ini ana nak story pengalaman ana pergi interview KAFA tadi di pejabat agama Teluk Intan.
Apapun ana berasa lega sebab semua dah berlalu...Lega sesangat....
Jam 8.15am tadi tak silap ana baru je nak keluar melangkah kaki.Masa ni belum berdebar-debar lagi.Still rilex je..Actually dah terlambat pun sebenarnya.Interbiu ana pukul 8.30pagi.So,ada 15minit je lagi.Sebelum berangkat tu sempatlah kumat-kamit mulut ni berdoa2 moga-moga selesai semua urusan dengan mudah.Apa lagi ana pun start la Honda Wave kesayangan ana.Bila bergerak je moto tu, maka ana pun cuba menunggang dengan sebaik mungkin agar selamat perjalanan ana.Risau juga kalau terjadi apa-apa tengah jalan.Dalam kiraan 80km/j ana menunggang wave ana tu.Dah terlambat so kenela laju sikit ye tak..alhamdulillah sempat pun sampai.Tapi masa sampai tu ana tengok..uish..ramai sangat ke nak interbiunye..alahai..kecut perut jugak masa tu..Dalam keadaan yang agak2 konfius nak cari mana la tempat nak interbiu tu, menonong je ana pergi ke floor 2..yela..sebab semalam kol ustazah sharifah kata floor 2..so bila naik atas cakap kat dewan plak..erm..ana dah kesuntukan masa so ana pun bergegas ke dewan.Sesampainya di dewan..sahlah..ramai betul umat nak diinterbiu..Longlai jugak la berjalan..hebat2 ana tengok mereke tu.Whatever la..ana kene yakin yang penting..di dewan tu kami semua akan menghadapi ujian bertulis sebelum diinterbiu LISAN..oo..barulah ana tahu..
ok ler...skrag bila dapat kertas soalan..ana tak boleh pandang remeh..soalan paling las ana surrender je..cedey tak cedey la..DOA MASUK MASJID tak hafal..isk2..sob2x...10markah lagitu..tapi soalan depan2 tu senang je..n soalan Arab..tu memang gerenti ana tahu nak jawab..basic2 je..SO tawakal je lepas tu.



so...baru la ana nak sibuk2 search doanya..hafal taw jangan tak hafal......

DOA MASUK MASJID VERSI SHORT:

اللهم افتح لي أبواب رحـمتك
Allohummaftahlii abwaa ba rohmatik
“Ya Allah, bukakanlah untuku pintu-pintu rahmat-Mu” 
(H.R. Muslim)

DOA KELUAR MASJID VERSI SHORT: 

اللهم إنـي أسألك من فضلك 
Allohumma innii as aluka min fadhlik.
”Ya Allah aku mohon kepada-Mu akan kurniaan-Mu.” 
(H.R. Muslim, Abu Dau dan Nasai) 

Kemudian, kami semua akan berhadapan dengan ujian secara lisan pula. Masa inilah yang garu kepala sikit. Nasib baik ana cool je..Ana memang dah bersedia cuma kalau ditanya soalan-soalan cepu mas yang buat ana risau tu..So.dengan penuh kesabaran ana menunggu giliran ana. Actuallay, agak menarik untuk hari ini. Al-kisahnya ada juga sebahagian makcik2 dan pakcik2 yang turut datang nak interbiu..Wah,..semangat betul mereka. Sempat juga ana bertaaruf dengan Makcik Saniah yang peramah, bersemangat dan berkeyakinan.Kalau ana suruh mak ana mengajar pun boleh..hehe..So..sampailah giliran ana..Sekarang bolehlah ana story apalah yang diinterbiukan kepada ana..

Firstly,ketuk pintu dulu dan kemudian bagi salam. Cewah..lagak betul..hihi...Tak sempat ana nak duduk ustaz terus tanya ana dari mana...kelaka tak kelaka la..patutnya bagi ler ana ready nak duduk dulu..So...isi form macam biasa..Barulah bermula sesi soal jawab..bukan soal jawab apa..mereka bnyak bertaaruf tentang diri ana je..So..bila ustaz tu tanya je sila perkenalkan diri, apa lagi..ana pun ikutlah tips temuduga ustaz Zaharudin.net tu..Cewah...menjadi tu..Ana tertunggu2 juga bila nak bagi soalan kat ana ni..detik demi detik tak berbunyi apa2 pun. Ana berkata juga dalam hati, ustaz ni tak nak ke suruh ana mengaji. Sebab sedari awal lagi calon2 yang keluar semua diuji untuk mengaji secara bertajwid. Erm..terkilan juga ana.Tapi dalam masa yang sama ana sempat la juling2kan sikit mata ni tengok kertas yang ditanda...semedang macam ok je je..hehe..Pastu ustaz cakap..kalau diikutkan cik Siti Farhain ini memang dah layak sangat.Tapi aku diuji cara lain..Ustaz tanya. Berapa lama kalau nak mengaja..Isk2.aku pun jawab..sampai bila2 kalau boleh..Then, ustaz komen yang ana memang layak tetapi agak kecewa sedikit aku mendengar ustaz tu cakap kalau tak dapat jangan sedih dan cuba beri peluang kepada yang lain. Alasan nak tahu kenapa????Sebab result ana agak mantap kemudian dikhuatiri ada tawaran yang lebih baik maka ana tidak betah lama dalam bidang ini.....alahai....Apa pun ana tetap tak akan berputus asa. Jika ada rezeki alhamdulillah dan kalau tak ada ana tak akan berputus asa untuk meng'apply' lagi tetapi ana akan hadir semula tanpa DIPLOMA ana...

p/s:...kepada readers semua..u all doakan ana dapat jadi GURU KAFA....buat masa ini ana tak terfikir untuk mengejar kerja goverment or mana swasta yang gajinya mantap tetapi memakan masa hampir setengah hari sedangkan guru kafa sebenarnya lagi berbaloi buat ana walaupun ia merupakan kerjaya yang kurang diminati tetapi besar pahalanya mengajarkan Ilmu Allah. Itu sekadar pendapat ana. Lagipun ana memang suka jadi guru. Lebih2 lagi kalau dah kahwin nanti, lagi2 lah ana kene tolong  suami ana pulak..So..i hope semua plan berjalan baik...InsyaAllah...


"Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya KECUALI tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, serta doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya" (Hadith Riwayat Bukhari,Tirmidzi & an-Nasai')

4 ulasan:

  1. masa first mst nervous ckit kn.....

    BalasPadam
  2. Akk dapat x jadi guru kafa? Jadi guru kat mana ye? Dpt dekat2 rumah ke?
    Sy pon baru je hntr borg kat teluk intan hari tu..cuma belom dpt temuduga lg..boleh bg no akk x?
    -Syafiqa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slm perkenalan dari kak ain....yup akak Dapat...dah 4 taun ngaja..so hope sukses temuduga nnti....kalau masih xde khabar berita selalu2 tanya kat pjbt agama tu..kol ke..and syafiqa duduk mana...

      Padam

Komen la sikit

let's tweet here