Alhamdulillah jumpa lagi. Kali aku nak continue la sikit cerita aku untuk post tempoh hari ----> post tempoh hari. Apa yang aku nak cerita tentang derita masa kat wad hari tu. Baiklah, aku akan cerita macam mana aku lalui masa tu.
Putera hati mama yang dikasihi Biarpun sakit dan derita mama rela asalkan Hakim tetap tenang... Mama susah hati kalau Hakim terus menangis.. |
Memula macam ni...
Aku bersalin 7.20 pagi...Aku dihantar ke wad jam 11 pagi macam tu la..Memang lama betul aku di dewan bersalin. Menunggu untuk diuruskan. Prosedur yang lambat pulak tu. Sebaik keluar dari dewan bersalin aku nampak family aku. Aku tersenyum lemah tapi aku gembira. Dan aku memang terbaring sepanjang selepas aku bersalin. Sampai di wad aku kene pindah ke katil. Masa nak pindah tu tak larat bangun sampai kena angkat dengan suami and abah aku. Pelik jugak kenapa aku lemah sangat. Orang lain pun bersalin tapi boleh naik katil dengan sendiri. Lepas itu, aku di nasihati untuk buang air. Masa ni mak aku dah pun sumbat maajun tolak angin. Alhamdulillah aku bertenaga kembali. Sementara tu nurse2 praktikal memang ramai. Bila kita perlu mereka paham dan tak macam staf nurse yang ada dekat situ. Tak ramah. Ada seorang dua je. Sabar je la. Ha..ni derita jugak la kan??hehe..
Ok..selepas itu...
Masa nak bangun turun katil aku rasa sakit. Nurse suruh aku berdiri sebelum berjalan takut nanti pitam dan seseorang perlu pimpin aku ke tandas jika tak larat. Mak la orang yang banyak tolong aku masa tu sebab risau jadi macam dia beranakkan adik bongsu aku sebab pitam dalam tandas. Rasanya setiap langkah aku ke tandas amat menyakitkan. Aku terpaksa pegang ari-ari aku sebab menahan sakit. Aku lepaskan hajat apa yang patut dan dipendekkan cerita masa lepas bersalin biasalah doktor akan tanya macam ni "dah buang air besar ke?" "dah buang air kecil ke?" Dan aku memang dah buat kedua-duanya seperti arahan staf nurse di situ. Bila doktor datang periksa dan tanya aku jawab semua bereh dan cumanya aku tak cakapla pada doktor tu kuantiti kencing aku sangat-sangat sedikit dan sakit pun semasa kencing tu. Aku pun tak syak apa-apa. Jadi aku abaikan jela. Malas nak panjang cerita sebenarnya. Nanti kene tahan lama dekat hospital. Aku tak nak. Aku tahu nak balik. Perasaan aku tak seronok duduk dekat wad tu. Entah kenapa aku pun tak pasti.. Hehe memang degilkan aku?Sebenarnya panjang lagi sejarah derita ni. Aku cadang nak sambung pada post seterusnya. Post akan datang aku akan cerita yang aku disahkan terdapat jangkitan kuman dalam air kencing aku dan bagaimana aku hadapi saat-saat tu dengan tragis tanpa suami tanpa keluarga di sisi sementara menghadapi tangisan anakku di malam hari tanpa pengalaman di sisi. Nantikan kemunculannya...jeng..jeng..jeng..cekidot!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit