ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Jumaat, 11 Januari 2013

ENTAH RASA APA

10 Jan 2013
Thursday
at class year 5

picture ni masa tahun lepas a few month after beranak

Picture hanya nak menunjukkan bahawa aku akan tetap cool, brave dan peace even apa aku rasakan. Semalam mak ustazah Khalijah meninggal jam 12.00 pm di hospital. Before ni in ICU. Mula-mula Mudirah aku kata nak pergi ziarah dulu and aku nak ziarah masa sekolah sebab mana tahu ziarah awal-awal jenazah belum bawa balik. But tiba di sekolah dan aku pun dah plan dengan Us.halimah sebelum tu nak pergi sama tetapi rupanya Mudirah tiba-tiba nak join sekali. Mesej aku sebelum tu macam-macam plan. Suruh aku datang sekolah awal kalau nak pergi dengan dia. Buat pening aku je.

***************
Balik dari melayat( ziarah orang meninggal le) jam 3.30 pm

Keadaan sekolah agak huru-hara sebab ketiadaan guru. So take a few time control our pupils. Baru nak panaskan tempat duduk tiba datang pula 3 salesman jual tafsir al-quran al-jamil. Kalau kawan-kawan nak tahu aku cukup tak suka terima salesman. Then bila diorang dah menghadap aku siap baca nama kat name tag aku tulisan jawi dengan teragak-agak aku pun tak teragak-agak suruh diorang terus berjumpa Mudirah. Sebab apa pun keputusan mesti Mudirah kene persetujui dahulu. So masa tu time PNP..cukup tak gemar salah seorang salesman tak paham-paham selepas sudah aku arahkan untuk berjumpa Mudirah. Rupanya seorang sudah berjumpa Mudirah seorang lagi  datang balik jumpa aku suruh beli untuk sendiri. Dalam masa yang sama keadaan kelas semakin huru hara. Tapi dek  kerana aku agak baik hati give him chance talk. Cukup 5 minit aku terus tanya harga sebab tak mahu dia bebel banyak lagi. Kelas semakin bising. So aku  tak mahu marah murid-murid depan tetamu. Mula-mula dia tak mahu beritahu dulu harga sebab nak explain lagi. Tapi aku desak juga then dia bagitahu harganya RM 200++ dan selepas diskaun harga cukup Rm 200. So aku tak mahu beli sebab mahal sangat bagi aku yang bergaji sederhana. If untuk sekolah pun aku masih akan berkira dan dalam masa yang sama mengharap Mudirah tak beli atau dia beli satu sebagai syarat dan itupun selepas dia bincang dengan semua guru-guru. Aku harap macam tu. Lagipun  rujukan tafsir yang ada bukan aku nak pakai selalu. Aku juga bukan mengajar pelajar Ipt atau sekolah menengah tetapi sekolah SRAR je. Cukup bagi aku tafsir yang ada. Asbab Nuzul? Tafsir aku pun ada.Tapi salesman tu tak paham-paham dia desak juga. Sampaikan dah selesai dengan Mudirah datang pula 2 kawan yang lain datang pujuk aku  beli. Apapun result aku tetap sama. Yang membuat aku tak mahu beli ialah pertamanya sangat mahal then aku minta bisnes kad and laman web tiada. Sebelum itu dia sarankan kalau beli cara bayaran deposit  minimum Rm 30 then bila order sampai baru bayar habis. Dan aku ingat bila bayar deposit dapatlah Al-Qurannya dulu rupanya al-quran tersebut akan dihantar hujung bulan ini. Kalau hantarlah. Kalau tak hantar???? Sorry aku  tidak lagi mudah percaya jika aku  ragu dengan nama company pun takde biarpun produk tersebut bagus. Duit bayar barang tiada sorry. Lebih baik aku elak dari aku merungut hari kemudian. Then agaknya salesman tersebut sudah berputus asa nak memujuk aku yang nampak lembut tapi keras. Yes akhirya aku tak termakan pujukan mereka. Bayangkan dua tiga kali mereka ke kelas aku. 

***************
Selepas salesman tersebut pulang....

Mudirah datang jumpa aku. Apalagi aku agak terkesima mendengar kenyataan dari  beliau sebab dia beli sampai dua buah untuk sekolah so Rm 400..deposit Rm 150.. TANPA BERBINCANG DAHULU!!!!!! Dan aku ingat salah satunya untuk persendirian. Kenyataan aku meleset sama sekali. Bagi aku cukuplah satu buah sahaja kalau nak beli untuk sekolah buat rujukan. Entahlah tak tahu nak cakap apa dah masa tu. Sebenarnya aku sebagai bendahari sekolah merangkap Pen. Kanan sekolah memang tidak setuju wang digunakan pada sesuatu yang kurang perlu dan merasa sedikit kecil hati jugalah sebab perkara ini tidak dibawa berdiskusi. So kesimpulan cerita aku dah tulis kat tajuk pun. Entah rasa apa yang ada dalam hati aku dengan kejadian ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit

let's tweet here

Follow by Email