Ini ada tips temuduga secara umum untuk kamu semua baca. Enjoy read it.
- Ketuk pintu,bagi salam,duduk apabila dipelawa.
- Perhiasan diri dan penampilan mengikut jenis temuduga.Jika bekerja,pakai pakaian yang sopan dan sesuai dengan kerjaya.Untuk temuduga berkaitan pelajaran,digalakkan berhias seminima mungkin tetapi kemas.
- Guna fail yang boleh diselak untuk mudahkan penemuduga menyelak dan melihat sijil anda
- Jika boleh beri keutamaan kepada sijil yang berharga untuk diletakkan didepan.
- Letakkan semua sijil kegiatan luar di dalam satu fail kerana besar kemungkinan anda akan disoal berdasarkan sijil kemahiran anda.
- Sentiasa senyum dan menunjukkan sikap peramah dan mesra
- Jangan menjawab apabila dikritik.Dengar dan sekadar angguk tanda patuh.Ini mungkin salah satu cara untuk menguji anda cara anda mengawal emosi.
- Paling digeruni ialah,apabila ada panel menyuruh anda membuat demo.Contoh:Demo mengajar di hadapan.Cuba buat sehabis baik
- Resume yang padat amat digalakkan meskipun anda memohon untuk masuk ke universiti,masih ada individu yang buat resume ringkas untuk tambat hati penemuduga.*pengalaman
- Pakai nametag jika ada untuk meraih perhatian penemuduga selain memudahkan nama anda dipanggil apabila disoal.Penemuduga tersasul sebut nama orang lain bukan nama saya.Maklumlah.Ramai orang *pengalaman rakan
- Ucap maaf jika tidak dapat jawab dan bercakap jujur*elak cakap sorry-sorry tapi maaf bila tersasul.
- Sebelum keluar ucap terima kasih.
Antara soalan top dan popular :
- Mengapa anda inginkan course ini/mengapa anda memohon jawatan ini?
- Nama menteri-menteri dan Sultan di malaysia.
- Latar belakang syarikat/kos yang dipohon
- Soalan pengetahuan am dan isu semasa.
- Soalan menguji keyakinan diri.Contoh : awak yakin awak nak mohon ini?Awak rasa awak dapat tak kerja ni?Betul awak tak nak kerja di tempat lain/menyambung kerja ditempat lain yang lebih bagus?
- Pengetahuan am mengenai bidang kerja/course Contoh :Apa perbezaan bakteria dan virus?
- Kelebihan anda berbanding orang lain.Mengapa kami harus ambil anda?Contoh:Awak boleh buat apa lagi selain di sijil ni
- Sesi memperkenalkan diri.Biar padat ,ringkas dan berkaitan.Utamakan latar belakang pendidikan yang tertinggi
Assalamualaikum.. urm, boleh x law sye nk tgok contoh resume akak?
BalasPadamwslm...bagi email..t akak share..
Padam