ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Rabu, 29 September 2010

CUKUP TINGGI


rindu kat blog sis...
nak tak nak kene update..
nak cete pasal apa ye?
em...bling2x..

haaa...apa??
la..tengok ja gambar tu...
tajam tak tumit kasut tu???
wah..
tinggi gila!!!!
persoalannya???
cukup tinggi ker dah??

apa la sis ni..
merapu ja...hehe
jom gosip jap..
tu gambar kasut kahwin
cukup tinggi ker??
haaa...
sudah tinggi la tu..
sis tak reti pakai tinggi2..
haha..cantik kan..
ceit..perasan...
jom datang kenduri nanti..

daaa.....


Sabtu, 25 September 2010

BAKAT BAKAL MENANTU

Kasih tunang pada tunangnya..cewah...actually takde mende pun nak tulis..just nak buang masa tulis tentang si dia ni ha...what's up???

hahaaa...rupanya bakat bakal menantu kian terserlah. Dan aku sebagai tunang dia pun tak tahu....apa dia???yela...tunang aku tu tak pasal2 kene renovate bilik aku  untuk persiapan kahwin yang nak dekat sangat dah ni...Memang memula nak suruh orang lain tetapi incik abang offer kita terima je la...tapi aku masa tu ragu2 taw..dan bila dah siap apa lagi..aku  tersenyum bangga la...
proses fasa 1: kena lukis pelan and kira2  nak beli barang2 hardware

haha...pandai ke bang??

abah belikan  siap hardware tersebut

terkejut incik naz

sian my prince


tunangku yang teror ikat bata..time puasa lagi tu..

Semua dah siap. Cuma gambar je takde. Nak jemput mai rumah. Thanks awak.

Ahad, 5 September 2010

SENARAI SEMAK BAKAL PENGANTIN

Majlis Sis semakin dekat..ish2..tadi baru sis kodek kat sini and terjumpa artikel menarik untuk panduan sis. So..sisi saja2 nak share sama2 korang ...Ok..jom layanzzzz..
Perancangan yang baik untuk bakal pengantin melayu, pastinya membantu malancarkan perjalanan majlis perkahwinan anda. Semak keperluan penting yand disediakan ini...

12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung

PANTANG LARANG BAKAL PENGANTIN

aik....PUN ADA PANTANG??? Haish..tadi sis terjenguk satu entri tentang isu kahwin ni kat mana eh???
..sini haaa.... Memandangkan sis bakal bergelar Raja Sehari tak lama lagi jadi molek kiranya sis bagi peringatan pada diri sis ini dan sama-sama sis share kat korang ok..Korang pun nanti nak kahwin juga. Percaya atau tidak terpulanglah kepada korang. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya.  Dekat sini terdapat 43 pantang larang untuk bakal pengantin lelaki and perempuan.
  1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  2. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  3. Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  4. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
  5. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
  6. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  7. Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
  8. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
  9. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
  10. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  11. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  12. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  13. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  14. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
  15. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  16. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  17. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  18. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  19. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  20. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  21. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  22. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  23. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
  24. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
  25. Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
  26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  28. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  29. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  30. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  31. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  32. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  33. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
  34. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  35. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  37. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
  38. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
  39. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
  40. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
  41. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  42. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  43. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

Jumaat, 3 September 2010

CEMBURU MASIH TAK SUDAH





Rimas..rimas..ahh..
cemburu masih tak sudah
sangsi masih terus menerjah
aduh..begitulah payah
bilakah mahu berpasrah?

Rimas..rimas..ahh..
cemburu masih tak sudah
kadang2 jiwa rasa goyah
bila hati berbagi belah
mengapa begitu susah?

Rimas..rimas..ahh
cemburu masih tak sudah
apakah cemburu itu salah?
manifestasi dirinya sukar aku terjah
seolah-olah halangan di tengah.

Rimas..rimas..ahh..
cemburu masih tak sudah
penjelasan kadang2 goyah
hingga membuat aku lelah
juga kadang aku rasa bersalah.

Namun apapun segala yang tercurah
harapan buat dirimu masih cerah
kerana sayangku padamu terlalulah indah
hingga sukar kunyatakan dihujung lidah.
Maafkan aku sayang membuat dirimu resah
menghadapi manifestasi diri ini yang tak sudah-sudah
aku bukan ingin terus dirimu ditujah
sebaliknya ku ingin kau tahu isi hatiku yang tercurah
betapa segala pengorbananmu cukuplah sudah
membuat aku menangisi tak sudah
betapa aku menyayangimu tanpa helah
dan nafas cintaku padamu tidak pernah lelah
kerana telah aku sandarkan ia dari rahmat Allah
yang padaku diberi nikmat tidak pernah sudah. 

Rabu, 1 September 2010

LAILATULQADAR

1000 BULAN?????

ehem....kali ini sis nak share tentang cerita lailatul qadr..tapi sis nak share tentang bagaimana tanda-tanda malam yang sangat istimewa ini. Rata-rata tahu mengenainya kan???

Ok..actually terdapat beberapa tanda malam yang lebih baik dari  1000 bulan ini sebenarnya. Kenapa 1000 bulan pandai-pandai korang fikir ok...fokus sis TANDA-TANDA..hehe..dan kita hanya ada beberapa hari sahaja lagi sebelum terlambat...so..jangan asyik lailatul SHOPPING or lailatul MAKE KUEH jer.....hehe..Jom insafi bersama wahai muslimin and muslimat untuk mengextra amal ibadat kita..yuk!!!




Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.

2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.


d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.



KETIKA ALLAH MEMILIHMU BUATKU

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu.. 
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. 
Orang tua yg begitu sempurna.. 
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan.. 
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, 
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. 
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku.. 
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, 
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. 
Maka, ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu. 
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna.. 
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. 
Karena kelak kita akan satu.. 
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, 
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah, 
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya.. 
Maka ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita.. 
Itulah visi pernikahan kita.. 
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku.. 
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.. 
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.. 
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, 
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan.. 
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah.. 
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah.. 
Namun tatap mataku, tersenyumlah.. 
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu.. 
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah.. 
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. 
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku.. 
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. 
Maka dimataku kau adalah yang terindah, 
Kata2mu adalah titah untukku, 
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu.. 
Maka kalau kau berkenan ku meminta.. 
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku… 
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita.. 
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga.. 
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah, 
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. 
Yang darahnya mengalir darah syuhada.. 
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka.. 
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka.. 
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku… 
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku, 
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi.. 
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKAKAH?




MERDEKA???
Baru sahaja sis terbaca tentang 33 ditahan dalam operasi khas merdeka. Haaa..sudah kantoi. Apapun pembaca boleh dapatkan maklumat dekat berita hari ini di sini. Ini hanya sebahagian contoh kecil bak kuman HIV...ngeh..ngeh..ngeh


Di sini sis nak share opinion sis tentang merdeka kita selama ini. Sana sini blogger story tentang merdeka jadi sis tak mahu ketinggalan menulis isu merdeka tahun ini..hehe..
Actually meaning merdeka itu terlalu luas. Kalau kita kata bebas ini bermakna masih perlu penjelasan yang lebih terperinci dan bukan omongan gitu aja. Nanti orang yang cetek akal boleh salah paham. Betul kan??? So, berikutan kes dalam paper tersebut masih menunjukkan bahawa segelintir rakyat negara ini semakin hari semakin gah dalam mempersendakan erti merdeka. Yela..dalam kesibukkan menyambut hari bersejarah ini masih ada yang tegar buat samseng di jalanan. Rempit dan saman bagaikan adik beradik...Apa kes ni??? Sebenarnya..malas sis nak bebel panjang. Macam2 isu kita boleh kupas tentang perkara sebegini. Dan kes pembunuhan(buang baby ke babi???) sudah terlalu menjadi-jadi bukan sahaja ia mempersendakan undang-undang negara malahan maha hebat lagi mempertikaikan hukum Allah. Dunia kita sudah hampir hancur tetapi masih tak sedar diri. 

Last but not least...kalau kita tak langgar undang-undang tuhan..maka tuhan tak murka dengan kita. Kita selamat, negara aman, dunia tenang and semua akan senang Makanya..kembalilah kita pada Allah dan semoga semua perkara yang kita buat dalam jagaan dan rahmat Allah SWT.
Sebelum terlupa juga merdeka tahun 2010 adalah kali ke 53 and temanya ialah


‘1 Malaysia Menjana Tranformasi‘
hehehehehe 

p/s: kalau nak celebrate yang terbaik kalau buat majlis bacaan yassin ke apa ke..dapat pahala..tentu2 ingat Allah..

JEMPUTAN FB


jemputan?????mati2x.haha..
KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR

ha..akhirnya sis dapat selesaikan jemputan wedding sis pada kengkawan. So, sis sibukkan bende ini la dari tadi. Nasib baik sis dah kategorikan awal2 kengkawan sis ikut list tertentu dalam fb. Jadi sangat mudah kerjanya. Nampak gayanya bayang2 debaran sudah ada. Sis sangat risau. Apapun sis harap semua berjalan baik.Gambar di bawah ini adalah perutusan serba canggih zaman sekarang yang menjimatkan dan menge'save'kan. Betul tak???

dan ada yang lucu juga masa sis sibuk invite. Entah yang tak kenal pun terkena. Layan saja. Nama pun kat friend list kita kan...so kawan la tu..hehe..Namun sis sangat gembira selesai satu persatu. dan jemput sekali pembaca2 kat sini ke majlis teman kalau sudi..Terima kasih kat abg sayang sis yang buat diri sis rasa beruntung. Hope korang doakan kebahagiaan kami sehingga bila2 pun. OkeHHHHH!!!

Isnin, 30 Ogos 2010

TIPS PELIHARA CINTA


Tips love???wow





Sis tengah mabuk asmara????ngeh..ngeh..ngeh...not really...Actually....tadi baru lepas belek2 kosmo...terbaca suatu artikel tentang tajuk entri kali ini..Jadi apa kata Sis share pada korang dan kita boleh beri sependapat dua ok.Its about apa progress cinta kita tahun lalu. Mana tidaknya..setiap kali masuk tahun baru, kita pasti melakukan resolusi tentang karier, kewangan dan termasuk juga cinta. So..pada pasangan sedang bercinta, maka memori tahun lalu adalah titip pengalaman bagi setiap dalam diri dalam mematangkan fikiran. Lebih-lebih yang sudah fail in their love story maka perkara yang lepas dapat dijadikan sandaran untuk menuju kehidupan lebih bermakna. Jadi dalam membincangkan bab ini terdapat tips yang Sis dapat dari kosmo dalam membina keazaman untuk hubungan percintaan antara dia dan aku..cewah...(lebih2 plak aku..)..ok..jom tengok petua supaya korang punya azam power kali ini demi menjaga hubungan korang bersama si dia...ecece...


1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin. Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna. Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan. Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya. 

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

p/s: doakan sis jugak bahagia dengan bakal suami sis...

KEJAM


Sedih...

Hanya itu yang Sis dapat gambarkan buat korang..serius Sis katakan setiap kali Sis berulang kali baca kisah Adik Ita...tak dapat Sis tahan rasa sebak..agaknya jiwa sis memang begitu ataupun mungkin sebab kandungan air mata kita yang berbeza..siapa tahukan..

Ok... apapun Sis sangat teruja nak share kisah yang telah membuat hati Sis sayu kredit dari wwwmuara.blogspot.com. Kisah ini berlaku pada tahun 2004 yang pernah disiarkan dalam MASTIKA. Ok..jom sama-sama kita layan Rintihan Adik Ita....
hiasan semata-mata

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan

"Tak tahu… !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu Cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah."Ita demam… " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk."Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaranpembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


Sumber: Mastika Mei 2004
Kredit to : wwwmuara.blogspot.com







KAD KAHWIN

Letih..itulah yang sis na cete..Tadi sis sibuk mendesign kad kahwin..Actually yang nak hantar kad orang dah siap..Ini yang nak Sis tag kat fb ja..hehe..
Ada lagi 32 hari sahaja sebelum Sis menamatkan zaman bujang..Apakah bener ini??
Apa-pun terus terang Sis cakap mood raya agak sedikit kurang sebab asyik fikir 2 Okt nih..



So..Sis harap semua jalan lancar..Sis harap Allah permudahkan segala urusan Sis..Sis sangat happy sebab bakal suami Sis dah banyak tolong Sis dalam segala hal. Sis sayang sangat kat bakal suami Sis yang selalu tahan kerenah Sis sepanjang menghadapi dugaan bertunang selama hampir 2 tahun ini.So..hanya beberapa hari saja untuk kami lalui beberapa halangan di hadapan...Sis dah ngantuk la..korang tengoklah design yang sedikit cute cam tuan punya blog nih eh...tu korang dah tengok Sis jemput sekali to all my follower and sesiapa yang mengenali diri ini ok datang majlis Sis...tak datang pun tak apa...




sempoi ja...

ni adress beliau..haha




pssttt: lawak pun ada kan...korang jangan kutok2 lebey r... save bajet punya pasal la ni..hehe

Sabtu, 28 Ogos 2010

33 DAYS




aku seperti tidak percaya
masa berlalu bagai cahaya
pejam celik hari semakin tiba
aku jadi sangat teruja

33 hari lagi saja
apa benar aku sudah bersedia
menempuh hari bahagia
bersama-sama dengan si dia

kalau difikir mahu sakit kepala
tapi nak buat macam mana
kerana gembira di dada
melebihi segala-galanya
dan aku tak suka peningkan kapala
okay be cool rilex saja

Selasa, 24 Ogos 2010

HUKUM DOA UNTUK BUKAN MUSLIM



Actually banyak sekali peribahasa yang boleh dikaitkan dengan title entri aku kali ini. Aku bagi korang contoh ok yang biasa kita dengar...kuman diseberang laut nampak,gajah depan mata pun tak tahu..haha..betul ker???

What ever janji korang paham sudah.Ok..kali ni aku nak komen sikit tentang isu khutbah yang kecoh dekat P.Pinang baru2 ini...korang ley jenguk kat  harakah dan korang jenguk juga kat berita harian..Aku baca kedua2 pihak sudaaaa.
Jadi aku cuma nak komen sikit tentang isu kali ini. Aku teringin nak berkongsi pendapat aku dengan readers. Bukan semua orang dapat terima apa yang kita cakap tetapi itulah hakikatnya dan aku nak ingatkan awal-awal ini hanya sekadar pendapat aku. Jom layanzzz apa aku nak bebel tentang isu ini... 

Tapi aku bagitahu kat korang sikit la tentang apa benda yang kecoh tu. Ok..adalah di mana saudara Zakaria Ahmad, khatib yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang. Itu seperti yang dilaporkan dalam BH dan BH hari ini selanjutnya menulis yang  beliau tetap mempertahankan dirinya dengan mengatakan tidak salah di sisi agama.Manakala seperti dalam laporan harakah pula mengatakan bahawa Khatib tahu adalah salah mendoakan kebaikan kepada bukan Islam, tetapi tidak salah mendoakan hidayah kepada mereka agar menerima Islam," katanya lagi. Semalam, khatib yang dimaksudkan, Zakaria Ahmad turut menafikan beliau mendoakan keselamatan Lim Guan Eng seperti didakwa banyak pihak. "Laporan mengatakan saya mendoakan keselamatan Lim Guan Eng adalah fitnah kerana saya tidak melakukannya."Saya hanya doakan supaya dia (Guan Eng) diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam, itu sahaja," jelas Zakaria. Beliau juga mendakwa isu tersebut juga telah diputarbelit dan dipolitikkan.



Hermmmmm....
Memula sekali aku nak bagi tahu ada pendapat kata tidak harus malah haram bagi seorang muslim mendoakan keampunan orang bukan Islam supaya bebas dari azab dunia dan akhirat serta rahmat tetapi  sebenarnya para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113.

"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka."
(Surah At-Taubah: 11)
 

Manakala mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak=sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan. Kata Abdullah bin Mas’ud:
“Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: “Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.Terdapat juga hadis lain misalnya:
"Thufail bin 'Amr datang kepada Rasulullah s.a.w lantas berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah menderhaka dan enggan (menerima Islam), mohonlah (berdoalah) kepada Allah agar ditimpakan keburukan ke atas mereka." Orang-orang menyangka bahawa Baginda akan berdoa memohon sesuatu keburukan ke atas mereka (kabilah Daus). Maka Baginda bersabda: "Ya Allah! Berikanlah hidayat kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka sebagai orang-orang Islam." (Hr Bukhari) 



Itu tentang hukum aku nak cakap. Sudah terang lagi bersuluh bukan??Keduanya aku rasa hanyalah isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan ummah. Kalau begini gayanya orang bukan Islam pasti mencemuh agama Islam. Kenapa perlu adanya unsur berbau politik maka isu ini dilihat seperti peribahasa gajah yang aku bagitahu tadi. Sebenarnya tiada apa yang nak dirunsingkan sehinggalah keluar kenyataan Mufti Perak mengatakan haram mendokan kesejahteraan bukan muslim.baca sini...korang fikir sejenak ok.Aku bagi korang nampak lagi jelas ye..

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan terutama di media-media kerajaan (“assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. )

Riwayat spt al-Bukhari pun ada mengatakan Rasulullah SAW dalam praktik baginda jika ada bukan muslim bersama dengan muslim baginda hanya memberikan ‘assalamualaikum’ sahaja. Perkataan ‘assalamualaikum’ itu memang bermaksud ‘kesejahteraan ke atas kamu’. Namun, kini sudah menjadi amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan ‘salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam’. Tidakkah ‘salam sejahtera kepada bukan beragama Islam’ itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan?.Aku masih berfikir..camna opinion korang???

Fikir-fikirkanlah...aku rasa cukup sampai di sini...sudi2lah korang mengutok aku....hehe..ok..apa pun terima kasih kerana sudi membaca bebelan aku..salah silap bicara aku harap maaf...aku juga tak lari dari kesilapan..ampun yuk..tamat.

AKU MAHU OKSIGEN


oksigen..dimana engkau oksigen..
aku nak oksigen
nafas aku semakin sesak
beri aku oksigen..

oh oksigen
aku tak mau hidrogen..
kalau kamu kudukut sama aku 
nanti aku mati..
kalau aku mati nanti aku tak kawen?hehe

apa punya lagu daa..tak sedap langsung..haha..

opsss..

sory readers pasal aku dok merapu banyak sangat..korang nak tahu kenapa???okla..aku bagi tahu korang..bak sini telinga korang...jeng..jeng..jeng..pssstt..pssstt..
1 okt ni aku nak nikah...so macam apa je kan..banyak benda tak siap lagi..dan korang yang pernah alami mesti tahu rasanya..kan2x...dan aku nak bagitahu aku dalam mood takut tapi hepi...kuang3x.(terpoyos la plak)...takde lak lagu kahwin nak bagi korang dengar..takpe..tak perlu sebab nanti aku yang gelabah lagi...ok..cau cin jee..

Isnin, 23 Ogos 2010

SENSITIFNYA SAYA


AMARAN: Ini hanya kisah rekaan. Tiada kaitan sesiapa yang hidup atau mati. Sekian...



Awak..
Masa tu saya ingat lagi
awak telefon saya
awak bagitahu saya awak sudah dapat kerja
saya ucap tahniah dan tumpang gembira
saya minta kita raikan bersama esok
tapi awak kata tak perlu 
sebab esok nak mula kerja
tiba-tiba saya rasa sedih
aduh..sensitifnya saya.

Selepas hari itu awak dah jadi sangat sibuk
awak pun sudah jarang-jarang telefon saya
dan biasanya saya yang akan telefon awak
tapi...
setiap kali saya telefon
awak kata awak tengah sibuk
jadi saya batalkan niat nak berbual panjang dengan awak
bila letak saja telefon
tiba-tiba saya rasa sebak
aduh..sensitifnya saya.

Hujung minggu hari tu awak telefon saya
masa tu jugak hari Lahir saya
saya seronok pada mulanya awak tak lupa hari lahir saya
dan saya rasa seronok sangat dapat dengar suara awak
saya tunggu awak katakan sesuatu pada hari itu
tapi awak kata apa pun
cuma...
awak hanya katakan awak sedang tertekan
jadi saya rasa kesian kat awak
saya terus lupakan niat saya itu
lepas tu awak nak letak telefon sebab nak rehat
tanpa awak ucap selamat hari lahir
dan tanpa tanya khabar saya
jadi saya juga terus letak telefon
tiba-tiba air mata saya mengalir
saya nangis sepuas-puasnya sampai saya tertidur
aduh..sensitifnya saya.

Masa hari lahir awak pula,
saya telefon awak ucap Selamat Hari Lahir
saya mahu berbual panjang dengan awak
tapi awak kata awak tengah ada parti hari lahir awak
awak sambut dengan teman-teman
awak kata awak belanja mereka
awak cakap dekat saya juga awak gembira sangat
saya dengar awak sedang ketawa dengan teman-teman
saya terus diam..
lepas tu tiba-tiba awak kata
nanti awak telefon balik
saya tersenyum semula
saya pun tunggu dan tunggu awak
sampai saya tertidur
saya terjaga balik pukul tiga
saya tak dapat pun sebarang miskol
rupanya awak masih tak telefon saya
saya dail nombor awak
nasib saya baik awak angkat
awak sudah tidur rupanya
awak cakap awak penat sebab parti habis lewat
awak terus letak telefon
saya terus senyap tanpa padam talian lagi
tiba-tiba hati saya rasa sakit dan saya menangis lagi
aduh..sensitifnya saya.

Tapi.....
Semua itu sudah berlalu kini
dan saya sudah berjanji tidak mahu menangis lagi
semua yang berlaku saya sudah lali
dan saya tak mahu tahu lagi
awak seakan tidak pernah peduli
apa yang saya rasa di hati
dan saya rasa hubungan biarlah hubungan kita sampai di sini
sebab saya tak mahu menangis lagi
kerana sensitifnya saya ini.

Sabtu, 21 Ogos 2010

AKU MENANGIS LAGI



aku menangis lagi,
merungkaikan rasa kecewa lagi,
setelah menahan hiba dihati.

aku menangis lagi,
tanpa sesiapa mengetahui,
apa yang tersembunyi,
kerana ia di dalam hati ini.

aku menangis lagi,
kerana hati ini yang kau sakiti,
biarpun tanpa kau sedari,
kerana hanya aku yang merasai.

aku menangis lagi,
biarlah ia terus begini,
aku sudah terlalu lali,
menghadapi segala konpirasi,
kerana inilah lumrah duniawi,
yang hanya menduga kehidupan manusiawi,
dan biarlah aku terus begini,
kerana segalanya akan terungkai,
dan hanya tuhan yang bisa mengubati.

BICARA AKU PADA HATI


Wahai hati
kau sakit lagikah?
sudah makan ubatmu?
aku khuatir akan dirimu.

Wahai hati
kau sudah reda
aku gembira sangat
namun aku sangsi
apakah puncanya ?

Wahai hati
mengapa kau menggeleng?
mengapa kau hanya tahu menangis?
aku bingung melihat engkau
jika kau tidak bercerita pada aku.

Wahai hati..
aku ingin berpesan
kau sekeping cuma
jika kau sakit maka tidak akan sempurna seluruh jasad
walaupun sekeping hatimu bisa dicantum oleh sekeping yang lain.

Wahai hati..
apa yang kau mahu
kau janganlah terus merasa sedih atau kecewa
kerana kau pelengkap sekeping hati yang lain
dalam kau dilanda kesepian sekeping lagi pasti mahu menemanimu
biarpun aku tidak bisa berjanji apa-apa kepadamu
kerana hanya masa penentu waktu.

Jumaat, 20 Ogos 2010

MELAMPAU



sila klik untuk saiz lebih besau.....



Belum reda kes pembuangan bayi yang semakin rancak seperti cendawan tumbuh kita dikejutkan oleh FB NEWS mengenai kelompok yang tidak bertamadun telah menghina bulan puasa. Apa kejadahnya mereka ini???? Kalau tak suka dan menyampah dengan ramadhan dan tegar berpuasa tak sepatutnya mereka pijak bumi Allah. Malu la sikit...Ini semua milik Allah. Lagi satu masalahnya apa boleh dikatakan mereka dah terkeluar dari akidah. Nama bukan main lagi Salleh. Agama mana ntah dia tu. Ada lagi ni...Kenapa friends list dia yang tentu banyak orang Islam bukan tak disoundkan ja. Ini sudah lebey. Semua dalam tu plak golongan nama Melayu. Betul2 buat malu la.Ok..aku tak nak bebel lagi. Mungkin korang ada yang dah tahu mengenai perkara ini. Lagipun mereka2 di atas sudah pun tiada dalam senarai akaun Fb. Tahupun diorang takut.ok..korang layan dulu isi kandungannya. Habaq mai kat komen aku mana2 yang tak kene kat hati korang.ok...daaa




pssst..kalau aku jumpalah aku nak tnya depa agak2 dah lama sangat ke hidup...

Khamis, 19 Ogos 2010

KECEWA



kecewa air mata darah sekalipun ia tidak bisa kembalikan masa lalu
Belahan hati rasa pedih,
Jiwaku yang kehambaran,
Oleh permainan konspirasi alam.

Aku sukar mentafsir,
Belahan dadamu,
Yang bisa membenarkan aku,
Merungkai isi hatimu.

Aku dipalit kecewa,
Oleh konpirasi manusia sejagat,
Angan-angan hanya bisa bersandiwara,
Ketika aku mencuba memberi sinar,
Tanpa sekelumit ia bernoktah,
Yang ada hanyalah amaran seru dari sepotong lidah,
Berbicara kepada aku,
Agar aku kembali menyusun bicara,
Tanpa hadir empat mata,
Hanya telinga pendengar yang setia,
aku hampa dan kecewa.

nukilan:akuler





ROMANTIK


Pelbagai aku lihat ragam romantik,
Tak bisa di pisah walau sedetik,
Oleh pasangan yang sedang fanatik,
Dalam dunia cinta terkadang realistik.

Romantik itu
Adakah sepasang mata yang bertemu berkelip tidak ?
Adakah genggaman tangan  yang berpaut terlerai tidak?
Adakah pelukan tubuh yang bersatu tercerai tidak?
Adakah kucupan bibir yang bercantum terpisah tidak?

Romantik itu
Boleh membuat hati sangat bahagia,
Juga boleh membuat hati menggila,
Kerana hanya ada kita dan dia,
Dunia sebagai saksi cinta kita.

Romantik itu
Terkadang hanya sebuah sandiwara,
Terkadang menjadi onar di dalam jiwa,
Terkadang diam membisu seribu kata,
Setelah terungkai segala hijab di mata.

Romantik itu
Aku sudah mengetahui sesuatu tentangnya,
Yang bisa kekal selamanya,
Kerana sandarannya hanya pada yang Esa,
Oleh sepasang hati yang menganyam cinta,
Setelah lafaz ijab dan kabul menggetar jiwa,
Bermula sebuah hubungan suci tanpa nista,
Aku kini memahami ungkapan romantik yang mempersona.


nukilan :akuler



Rabu, 18 Ogos 2010

JANGAN TIDUR LEPAS SAHUR

Salam..entri kali ni aku nak cerita tabiat kita lepas sahur musti nak tido balik...(haha..aku pun sama). Mana taknya..sementara nak tunggu azan subuh kita kadang2 ambil kesempatan untuk untuk melelapkan mata. sekejap...Tapi dalam tak sedar bila dah tidur kadang2 langsung tak sedar balik.Itu yang susah tu.Adapun tabiat ini tidaklah menjadi kekerapan aku.Bukan apa, sebab bila KEMALASAN melanda aku pun layankan jugakla mata ni.Tapi bila aku dok perhati dan buat analisis and bla..bla..bla..aje benor cakap orang2 cerdik ni..kome nak tahu kenapa DONT SLEEP LEPAS SAHUR???haha..Aku tulis ni sekadar pendapat aku dan pengalaman aku selama 22 tahun..cewah →☻



Antara-antara sebab munasarawak yang aku pikirkan baru ja jap ni adalah :-..jeng..jeng..jeng..
  1. Bila tidur balik aje kome bukan senang nak sedor balik kalau tak pakai siren bomba.
  2. Subuh konpem gajah punya.(aku pernah sekali dalam setahun..haha)
  3. Pastu,badan korang akan rasa lesu2, tak bersemangat, semacam letih dan tak bermaya, kdg2 rasa tak cukup tido and apa2 yang buat korang cam mamai jer bila bangun..haha
  4. Bila dah tido and bangun untuk solat subuh la jugak tapi korang yang takde nak buat apa2 lepas tu konpem tido balik sebab mata rasa ngantuk lagi..Kan2x??So..kome jadi kaki tido la gamaknya...
  5. Makanan korang belum terhadam dan ia merupakan faktor2 ley wat korang GEMOKsss...
  6. Bagi kaum Hawa sebabnya nanti muka korang hilang seri lagi2 anak dara yang belum naik pelamin tu.(^^,)
  7. Bagi kaum Adam lak,korang hilang kemachoan je la.(^_^)
  8. Kerjarumah korang nanti semua tertangguh. Kain tak basuh, pinggan tak cuci dan macam2 la.Tak pasal2 dapat pangkat anak dara pemalas.
  9. Kalau yang lelaki pulak dapat pangkat teruna kikir.Yela..pagi2 patut buat rezeki. Ini tak kikir sangat tenaga nak guna...

em..aku malas nak cukupkan sepuluh..lu olang boley fikir sendiri..kalau ada yang tambah ..lagi baguih..Agak2 entri aku ni ada yang tak setuju ..kome habaq mai kat aku...baru gentle tak??haha..okla.. aku dah terlambat nak pergi mengaja ni..ok ..aku beransur dulu naa..t jumpak lagi..sayang semua..→♥♥♥

let's tweet here