ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Selasa, 13 Julai 2010

KOLEJ ISLAM DINAIK TARAF


salam sejahtera

KOLEJ ISLAM SEBELUM INI DI IPOH















KOLEJ ISLAM SEKARANG DI KUALA KANGSAR
















JUST HIASAN DI SAMPING MAKLUMAN FOR STUDENT2 KISDAR YANG DAH TAHU@SEDANG TAHU @ BELUM TAHU@YANG TAK TAHU APA2...hehehe

18/02/2010

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 17 Feb. – Kolej Islam Perak akan dinaik taraf menjadi kolej universiti sebagai langkah memperkasakan pendidikan agama Islam di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri juga bercadang untuk mewujudkan Kolej Tahfiz al-Quran bagi memberi peluang para pelajar Maahad Tahfiz melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
”Kerajaan negeri merancang untuk mempunyai satu sistem pendidikan Islam yang menyeluruh di negeri Perak termasuk menjadikan Kolej Islam Perak sebagai sebuah kolej universiti.
”Kerajaan negeri juga sedang melihat kemungkinan wujudkan Kolej Tahfiz al-Quran. Cadangan ini akan dikemukakan kepada tuanku Sultan Perak terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Terdahulu, Menteri Besar menyampaikan cek bantuan pengurusan dan pembangunan Kementerian Pelajaran lebih RM9.35 juta kepada sekolah agama rakyat integrasi Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
Bantuan pengurusan dan pembangunan berjumlah RM9.35 juta itu melibatkan sebanyak 666 buah sekolah agama rakyat seluruh Perak.
Hadir sama pada majlis itu ialah Penasihat Agama Islam Kepada Menteri Besar, Kapten (B) Datuk Mohd. Najmuddin Elias Al-Hafiz; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Mohamah Nor Mansor dan Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Radzi Abd. Jabar.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, sebuah jawatankuasa diketuai bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Wan Zahid Wan Nordin telah diwujudkan untuk mengkaji usaha menaik taraf kolej Islam itu.
Tentang Kolej Tahfiz Al-Quran, katanya, kerajaan negeri akan memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah terlebih dahulu sebelum menghantar cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
”Sekarang kita mahu memastikan setiap Maahad Tahfiz beroperasi di setiap daerah. Buat permulaan, kita telah wujudkan di Manjung. Dengan adanya kolej ini, mereka boleh terus melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di kolej ini nanti,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya cadangan itu diperkenankan oleh baginda Sultan, sebuah kawasan di dalam Institut Tadbiran Islam (Intim) Perak di sini, akan dijadikan tempat sementara bagi operasi kolej.

TAMAT...DAAAA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit

let's tweet here