ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Ahad, 21 Ogos 2011

APA GUNA

‎Apa guna jadi lelaki KACAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkak . 
Apa guna jadi perempuan CANTIK, kalau Pukul 12.00 T.Hari pun tak celik-celik .
Apa guna umur BESAR PANJANG, kalau Fardhu Ain Asas pun lintang pukang . 
Apa guna Allah bagi HIDAYAH, kalau nak SOLAT pun sikit punya PAYAH .
Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur Allah bagi kita SIA-SIA .



Apa guna HARTA MELIMPAH, kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun SUSAH .
Apa guna pangkat BESAR, kubur dah dekat pun masih tak SEDAR.

Selasa, 16 Ogos 2011

WELCOME TO THE WORLD


Alhamdulillah...setelah 24 jam aku bertahan menahan sakit akhirnya aku selamat melahirkan anak kami pada tanggal 6 Julai 2011 jam 7.20 am ditemani suamiku. Aku dapat bersalin secara normal akhirnya setelah aku melalui proses ECV tempoh lalu bagi memusingkan kedudukan bayiku yang sonsang. Kalau tidak sudah tentu perutku disiang.Syukur sekali lagi.

Begitu indah rupanya sakit bersalin. Hampir juga terasa nyawa ingin tercabut namun sakit lagi menahan kematian agaknya. Terima kasih mak yang melahirkan aku ke dunia ini. Ampunilah dosa2 anakmu ini yang seringkali menyakiti hatimu.

Syukur kerana rezeki suami dapat menemani aku sewaktu aku bersalin. Semoga kasih beliau terus abadi. Saya sayang awak. Semoga kita menjadi suami isteri yang diredhai Allah.

Buat anakanda Amirul Hakim mama berdoa agar kamu menjadi anak yang soleh, sentiasa dalam jagaan Allah dari segala kejahatan makhluk. Apa yang paling penting mama doa anak mama taat perintah Allah dan Rasul, jaga solat dan pelihara diri dari maksiat. Amin.

let's tweet here