ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Khamis, 1 Disember 2011

KEPERCAYAAN, MISTIK, IBADAT, UPACARA AGAMA DAN MUAMALAT 1

Salam pembaca budiman. Entri kali nampak macam sebelah mata tapi penting sebenarnya bagi kita yang masih dalam kejahilan tentang beberapa persoalan agama. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua kerana Rasulullah pernah berpesan sampaikanlah walaupun satu ayat. Sumber yang aku peroleh pula dari sebuah buku SOAL JAWAB KEMUSYKILAN AGAMA karangn Ustaz Ismail Kamus cetakan ketiga April 89.


BUNIAN TIDAK WUJUD DALAM ISLAM

S: Ada pendapat menyatakan bunian tidak wujud dalam Islam dan yang wujud hanyalah jin. Apakah pandangan ini benar?

J: Di dalam Al-Quran disebut makhluk-makhluk ghaib hanya ada tiga di dunia ini iaitu jin , syaitan dan malaikat. Yang lain mungkin istilah melayu.

KAHWIN DENGAN RAJA BUNIAN

S: Baru-baru ini saya terbaca kisah manusia kahwin dengan raja bunian. Apakah pandangan ustaz mengenai cerita tersebut.

J:  Kalau berkahwin dengan raja bunian kemungkinan ia berkahwin dengan raja jin. Wallahua'lam.

TIDAK SAH MANUSIA KAHWIN DENGAN JIN

S: Jika bunian tidak wujud, mungkin perempuan itu berkahwin dengan jin, Adakah sah pernikahan manusia dengan jin. Bagaimana pula anak yang dilahirkan oleh perempuan tersebut.

J: Perkahwinan antara manusia dan jin adalah tidak sah kerana perkahwinan itu mestilah sejenis. Firman Allah  s.w.t juga menyatakan dalam surah ar-rum ayat 21 bermaksud
21. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Sekian akan bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit

let's tweet here