ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Jumaat, 21 Disember 2012

TIPS BAYI DEMAM

kredit to babycenter.com.my

Amirul Hakim 10 bulan..walaupun demam he still happy


Bayi saya demam. Adakah saya perlu risau?

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 36.5 darjah C sehingga 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah C pada waktu petang. 


Kenapa kita selalu demam?

Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel "pembersih" dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman. 

Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti denganselesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari

Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari. 


Apa maksud kekejangan febril?

Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera. Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya,) Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda. 

Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil. Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta. 

Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam: 

• Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian. 
• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).  
• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.  
• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu --susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan. 
• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa. 

Apa yang perlu saya elakkan?

• Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.

• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.

• Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.

Khamis, 13 Disember 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

Salam dan hello semua. Sambil lalu aku nak shaare benda di bawah ini. Share dari Url mana tadi aku tak sempat nak view balik. Apapun tq kat dia...

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

Sabtu, 6 Oktober 2012

CUMA ADA KAMU

dalam kereta lagi depan rumah tokpa sempena majlis terbuka raya 2012 kelab hoki..sweet tak??hehe

aku
cuma ada kamu
selindung dalam kalbu
yang penuh rindu

aku
cuma ada kamu
tiada siapa tahu
kasih dan sayangku

aku
cuma ada kamu
dikaulah madu
juga racunku

aku
cuma ada kamu
jujurnya tanpa kamu
akan gila diriku

aku
cuma ada kamu
tidak boleh sebegitu
kerana kau bukan milikku

aku
cuma ada kamu
kau bukan hanya milikku
tapi juga tuhanku

aku
cuma ada kamu
kau anugerah bagiku
dari tuhanmu juga tuhanku

maafkan mama sebagai isteri juga maafkan mama sebagai ibu..mama seringkali khilaf dalam melunaskan tanggungjawab..mama mohon maaf dengan segala kekurangan..mama cuma ada kamu berdua yang Allah anugerahkan buat mama..andainya mama pergi dahulu mama harap kalian ingat mama dalam doa..mama kasih dan cinta kalian ..semoga Allah lebih kasih kepada kita..amin

Selasa, 2 Oktober 2012

ULANGTAHUN NIKAH KE 2



1 Okt 2012
detik ini hanya ulangan
ulangan sebagai ingatan
tanda kenang-kenangan
cinta kita yang disatukan
dan
kini tahun kedua kita raikan
bersama-sama sebuah harapan
kepada Allah di bawah naungan
mohon dikabulkan
agar jodoh ini berkekalan
dan ikatan  terus berpanjangan
maka dalam doalah kita abadikan
agar kita sentiasa dalam rahmat tuhan

wahai kekasih milik tuhan
inilah kesempatan
bukan sekadar ucapan
inilah sebuah luahan
untuk dinda layarkan
selamat ulangtahun buat suami idaman

duhai suamiku engkaulah igauan
engkaulah pelindung yang Allah kurniakan
menjaga isterimu amanah tuhan
biarpun bermacam ragam sentuhan
tetap engkau hadapi penuh kesabaran

wahai suamiku engkaulah anugerah tuhan
yang hadir mengubat kesunyian
menjadi penghibur pengganti teman
maafkan segala kesalahan
yang sering dinda abaikan
kerana isterimu hanyalah seorang insan
seperti wanita lain dengan keinginan
dan dinda panjatkan kesyukuran
demi sebuah pemberian
dari Ilahi tanpa sempadan
kerana terciptanya sebuah kebahagiaan

----->ku dedikasikan khas buat suamiku Mohd Nazharafis Bin Mokhtar yang sentiasa dalam ingatan.
abang, sayang sayang sangat dekat abang tapi sayang sayang tidak mampu menandingi sayang Allah pada kita berdua.....






Isnin, 1 Oktober 2012

GOOD BYE


Update 1 okt 2012 : i dont know siapa awak..tq about it....

ok..here at wad kanak2....and aku tak sempat snap gambar masa fototerapi tu. Sepanjang di wad tersebut aku perlu menyusu Hakim kerap bagi membantu mengurangkan jaundisnya.
So far sepanjang di wad kanak-kanak keadaan sangat berbeza semasa di wad bersalin. Aku lebih ceria dan bersemangat. Aku juga tidak rasa tertekan. Sakit berjalan untuk pergi ke tandas masih ada dan tiba-tiba datang idea aku untuk membengkung tapi aku hanya guna napkin anak aku sebab bengkung aku bukan moden punya dan kemudian aku ikat napkin tersebut pada bahagian pinggul dan terbukti berkesan sebab setiap kali hendak ke tandas aku rasa lebih selesa dan tidak sakit seperti sebelumnya. Aku tidak peduli apa orang lain kata masa tu yang penting aku rasa selesa. Aku juga dapat handle anak aku dengan baik. Doktor di wad kanak-kanak baik-baik. Aku juga sempat beramah mesra dengan ibu pesakit bayi yang lain. Ada yang sudah lama di wad tersebut dan ada juga yang keluar dan masuk balik. Aku harap Hakim dapat keluar esoknya. 
Telahan aku betul. Setelah darah Hakim diambil selepas subuh dan keputusannya lewat pagi, akhirnya  kami dibenarkan pulang. Sementara itu juga selera makan aku amat baik. Masih teringat mak bawa ayam masak kicap berlada putih masa subuh sebelum pergi kerja. Aku makan banyak sangat selepas dapat result Hakim. Syukur dan gembira sangat-sangat. Jam 2 petang akhirnya aku meninggalkan Hospital Teluk Intan. Masa tu aku tengok mak insan yang sangat-sangat bahagia. Dan aku ucapkan GOOD BYE suka dukaku di hospital ini. Terima kasih juga di atas pengurusan dan layanan-layanan kalian pada aku. Aku terima sudah dengan hati terbuka.

Ahad, 30 September 2012

RAYA

14 Sept 2010
apa yang ada?
masa ni raya ke berapa tak pasti
saja post sebab terkenang my bff tu
lagipun zaman ni dah berlalu
tinggal kenangan sebelum kahwin
haha..aku je pun yang dah lepas
mereka belum lagi

sweet bff la sangat.....
dan masa ni aku anak dara lagi
ada beberapa hari lagi before aku kahwin
sebab aku nikah 1 Okt 2010
ha..kiralah sendiri..hehe
bff i yang noty2...tapi manja2 belako...erk??
 la ni aku dah kahwin
terharu kot mereka tetap ziarah aku
aku je sombong
tak ziarah mereka
alahai..
busy kot..(ceit...alasan )
takpe2...nanti kak ain datang umah korang ok
tapi masa tu korang dah ada anak binila
kita konvoi2 family2 gitu
baru fun
ops..perlu ke??hehe
dua jejaka yang bujang..masih hensem ok..haha
semangat Aman makan..Ridu comelnya..
ekceli berbesar hati aku bff aku ni ziarah aku
cuma masa ni aku tak dapat join mereka beraya
tak silap aku tunang aku tengah renovate rumah
comey tak abang2 saya nih...haha..perasan muda ekau eh..
apapun gambar2 ini sebagai tatapan
tanda u all dalam ingatan
so janganlah mike semua lupa pada teman
teman pun tak pernah lupa kalian
ok..masa ni mereka di rumah anje aku..Eta...aku takde..
ok..last sekali anda kawan yang memang fun...
senyum tawa sentiasa diingatan..
jangan risau kalau susah dan berduka kita tak lupakan..
janji khabarkan..
InsyaAllah kita tolong2 tangan-tangankan..
jika kesempatan
kita ringankan beban
kitakan kawan
kawan yang tak makan kawan!!!
haha..kereta yang berbakti mereka sampai di sini

Sabtu, 29 September 2012

SELONGKAR

Hai u all ...post kali ni just nak share  antara sebahagian cara-cara hubby2 korang selongkar purse korang okeyh...
Ada macam rupa pak haji ni tak bila hubby periksa barang korang?
Kenapa nak selongkar eh?
Perlu ke?
Atau takde kerja macam pak haji kat bawah ni?
haha..
neway, korang layan je la gambar ni ok..
tengok je..bukan suruh telan..hehe

Jom tengok apa dia jumpa..macam hal betul pak haji ni kan...

 ------>Uit..apang yang di itih (banjar version ok..is wrong kasi tau r..)

entah apa lagi nak dikobeknya tu...

sampai senget2 kepala plak tu

apa lak pak haji ni jumpa entah..

ceit..mmg blur betul la..tu je ko jumpe??haha

ha..ambik la...selamat kad ATM aku...hua2...


ekceli, pak haji ni takde kije..jadila begini...


p/s: lepas tengok jangan gelak ok..pasal pak haji ni laki aku..sila tutup gigi anda..ngeeee

Jumaat, 28 September 2012

BUKA PUASA 2

ini rentetan post semalam..
scene ni selepas selesai segala urusan
memang betul la kata orang bijak urus masa
apa kerja buat lepas solat akan selesa
so barulah kami bertenang melahap selepas solat
wow, kasaqnya base..hehe

macam pe'el mereka ni....

camna la rope kome tua nanti ye..haha
makanannya pula memang sedap..
cuma aku tak ingat
masa nak balik
siapa yang bayar makanan kitaorang
masa ni ada orang belanja rasanya
siapakah dia??huhu
anyway aku rindu zaman kita ni
keep it ok..
aku pulak belanja lepas ni ok.



Khamis, 27 September 2012

BUKA PUASA 1

Tarikh: 8 Sept 2010

Ceritanya bermula....

Masa bulan puasa..
Kami berlima buat date nak berbuka puasa di luar
Tempat cadangan banyak tempat..
Tempat pertama kami tuju ke Nasa Tomyam tak silap aku la..
Namun setibanya di sana...
Ah..dah penuh..

Kemudian..
Allahuakbar2x...
Dah masuk waktu berbuka..
Arghhh..semuanya GARA2 Iwan la kami di sini..
Janji tinggal janji..haha..
Dialah Iwan kami yang suka menyelap.

tengah fikir nak berbuka kat mana lagi..tiba-tiba azan dah pulak..

So, kerana program last minute kami tak dapat tempat untuk makan berbuka tepat waktunya.
Maknanya, takde jalan lain kami perlu beredar dari situ dan terus menuju ke Bandar Baru singgah 7 eleven beli air..selamat sudah kami berbuka..



Then, kami ambil keputusan solat dulu dan gebang2 kemudian
Setelah itu barulah kami dapat bertenang..





Rabu, 26 September 2012

DERITA 3

Nampaknya DERITA sudah masuk episod 3 tu..like drama la plak...ha..takpela..baca sambil2 lalu je pun kan...lagipun aku menulis cerita sekadar untuk perkongsian pengalaman aku..mana tahu anda2 yang diluar sana pernah mengalaminya sepertiku..dan sekurang-kurangnya tidaklah beban nak simpan kenangan ku ini dalam kepala saje..bila ada kawan-kawan tanya tak payah nak cerita lagi sebab aku suruh je mereka baca blog aku nih..haha..pandai jugakkan aku..dan mana tahu kot ada yang tak suka apa ceita dalam ni so,tak perlu la jenguk ke blog aku ni sebab aku jemput pada yang sudi dan terbuka minda sahaja....eceh... ...Dan juga ia sangatlah sesuai buat tatapan anakanda ku Amirul Hakim bila dah pandai ngeja ye sayang mama...

jom sambung ok....

Malam hari...

Rupanya siang hari Hakim banyak tidur jadi mudah untuk aku ke tandas. Dan bila malam hari yang agak susah untuk ke tandas sebab kadang-kadang Hakim menangis. Untuk pengetahuan korang aku akan buang air setiap 5 minit. Hanya yang pernah terkena penyakit ni je tahu azabnya...Memang sepanjang malam aku tak dapat tidur. Lagi perit bila time Hakim menangis. Terkencing kat situ je la. Nurse atau orang lain memang tak perasan kalau aku dah terbuang air masa tu sebab aku akan cuba secover mungkin. Dan seingat aku ada seorang nurse je yang perasan keadaan aku yang jalan agak teruk masa tu. Nak ke tandas tak macam orang lain. Mujur dia tolong jaga Hakim yang menangis tak henti-henti. Tapi sekejap je bagi Hakim senyap. Namun larat mana la dia nak layan dengan aku yang asyik nak ke tandas dan Hakim yang asyik berjaga dan menangis. Nurse lain tengok buat tak tahu sangat. Agaknya fikir aku ni mengada-ngada sakit macam orang lain tak beranak. Wahai kak jururawat saya bukan sakit macam ibu-ibu lain (dah lepas beranak bukan sakit apa sangat pun..tapi aku sakit macam nak beranak lagi tau!!) dan saya sakit hati juga dengan sikap kalian.  Sedih bila ingat balik. Asyik suruh aku berehat dan berehat padahal aku perlu pergi ke tandas setiap 5 minit nak buang air. Tolong jagakan baby sampai pagi tak mah pula. Biarkan aku urus macam ibu2 lain yang memang kalau aku tempat mereka pun aku tak susahkan kalian tau. Setakat sakit ditempat jahit semua merasa. Fikirlah sikit wahai kakak2 nurse yang berjiwa penyayang. Kalaulah peraturan di wad bersalin tu di kaji semula agar benarkan family terdekat jaga bagi ibu2 yang hadapi masalah macam aku contohnya, akulah insan paling bahagia rasanya. Memang salute la hospital macam tu. Inilah yang aku maksudkan aku uruskan diri sendirian tanpa suami, mak abah atau sesiapa pun di sisi. Bayangkan kalau kalian ditempat aku? Aku ngaku aku tak tabah mana pun..haha.

ok..kita lupakan sebentar hal malam tadi...

Sebelum tu aku pernah tulis pada post sebelum ni yang aku kene tahan selepas esoknya kan? Ok macam ni..selepas beranak kene tinggal semalaman di wad bersalin then kalau tiada masalah ibu dan anak can go back home la kiranya but if tak, tido lagi semalaman la ko jawabnya MAAAAAAcam aku punya kes ni la..

Doktor di situ hanya sibukkan bengkak aku tu je.. Masa periksa sekali lagi tu la aku kene ditahan lagi tak boleh balik sebab cakap bengkak tu membesar. Yela..mana tak besar sebab meneran nak buang air tak puas. Aku tak sakit pun bengkak tu. Sakit ditempat jahitan pun aku tak terasa dek penangan jangkitan kuman ni. Kebetulan sangat Hakim terkena jaundis dan rawatan fototerapi dijalankan di wad bersalin je. Esok kalau jaundis still tak kebah kene naik wad kanak-kanak dekat atas sekali. So, semalaman di wad tu berlalu macam mana semalamnya la. So sudah dua malam aku di wad tersebut.

Keesokkannya doktor periksa bengkak mulai surut. Periksa balik bengkak naik balik. Gayanya macam dah give up nak periksa aku sebab setiap kali aku cakap tak sakit. Pelik macam tula bagi dia. Akhirnya dia beri bagi harapan bahawa aku boleh balik hari ni. Yahoooooooooooooo....seronok la aku.

Tiba-tiba..

Doktor periksa anak aku. Alamak..jaundis tak turun la. Anak aku pula kene tahan dan sudahnya terpaksa aku kene duduk sehari lagi di hospital la jawabnya. Jadi 4 malam sudah aku di hospital termasuk sehari sebelum bersalin. Cuma ada sedikit kelainan sewaktu berada di wad kanak-kanak pada malam terakhir aku di hospital. Nak tahu apa dia, jadi kene tunggu post akan datang. Maka episod DERITA kini sudah berakhir. Benarkah derita sudah berakhir? Nak tahu kene rajin-rajin melawat sini ye sayang...Ok..babai.

Rabu, 19 September 2012

DERITA 2

Ok..sambung balik.----> sambungan cerita hari tu;)

Sebenarnya hati aku tak sabar-sabar nak tunggu esok untuk balik dan aku tak fikir pun yang aku akan ditahan lama. (Berlagak sungguh ekau ya..)

Kemudian....nak jadi cerita aku kene tahan lagi keesokkannya...Tapi sebelum  tu doktor ada periksa lagi dan dia cakap yang aku alami sedikit pembengkakan di tempat jahitan. Then doktor tu kata  if bengkak tak surut aku kene tahan lagi. Aku juga ada cakap yang aku alami kesukaran buang air. Aku terpaksa beritahu hal tersebut sebab rasa lain macam je setiap kali aku nak buang air. Kemudian aku diarahkan jalani ujian UTI untuk uji air kencing. Ha..sah-sah aku kene kencing kotor. Ooo..patutlah aku sakit. dan aku dapat nasihat terbaik dari ladang dari doktor dan staf nurse ialah mereka suruh aku minum air banyak-banyak sampai lebam. Bagi ubat antibiotik dan lain-lain ubat juga suruh makan. Kalau ikutkan selepas bersalin ada setengah riwayat kata lepas beranak jangan minum air banyak-banyak. Pantang orang bersalin. Tapi aku bedal je sebab nak ikut arahan mereka.

Selingan...

Sebenarnya bengkak tu tak jadi hal bagi aku dan ia cuma jadi hal kepada doktor yang periksa aku tapi apa yang penting ialah aku sedang menderita apabila setiap kali rasa nak buang air memang tak dapat ditahan-tahan. Satu hal lagi kebetulan katilnya pula bermasalah (bengkok di bahagian tengah2) dan aku pun rasa bila nak bangkit dan turun katil tu rasa susah sangat dan akan rasa perit sangat bahagian ari-ari aku. Bila terlambat turun dari katil dan sebaik sahaja aku turun dengan tiba-tiba air kencing terus keluar. Dasyatkan....Tapi memang lenjun la lantai katil aku. Mujur masa tu time melawat. Hubby ada. Kadang2 mak ada. Bila ada orang yang jaga aku lega sikit. Tak rasa tension sebab ada yang tolong keep anak aku. Sebenarnya bila jadi macam ni memang aku sedih dan aku akan mula menangis bila time melawat nak habis. Tahu kenapa? Sebab lepas tu aku seorang yang kene uruskan keadaan aku yang tak terdaya macam tu. Nak urus anak lagi. Lebih-lebih lagi bila malam menjelma mana boleh family teman. Sorang-sorang la jawabnya. Nak harapkan nurse bukan tak boleh tapi nak panggil mereka pun susah sebab jauh dari katil memandangkan asyik aku yang banyak sangat request nak itu nak ini lebih lagi untuk salin pakaian yang terkena najis.  Sudahnya aku jadi segan la minta tolong.  Dan sedihnya reaksi mereka juga yang muka seposen bila aku minta tolong. Bab ni yang paling aku tak gemar. Dahla sakit tambah sakit hati dibuatnya. Sebenarnya ada baik aku dapat balik rumah. Biarlah family yang aku yang jaga sebab kalau nurse yang jaga macam tu la keadaannya. Tambah sakit adalah. Memang rasa seksa dalam wad tu...Ok guys..aku tak dapat nak sambung lagi sebab kene uruskan Hakim. Dia dah bangun tu..nanti aku sambung derita aku malam hari di wad dengan keadaan Hakim menangis sepanjang malam...Sabar menanti ya...

Isnin, 17 September 2012

DERITA 1

Alhamdulillah jumpa lagi. Kali aku nak continue la sikit cerita aku untuk post tempoh hari ----> post tempoh hari. Apa yang aku nak cerita tentang derita masa kat wad hari tu. Baiklah, aku akan cerita macam mana aku lalui masa tu. 
Putera hati mama yang dikasihi
Biarpun sakit dan derita mama rela asalkan Hakim tetap tenang...
Mama susah hati kalau Hakim terus menangis..


Memula macam ni...

Aku bersalin 7.20 pagi...Aku dihantar ke wad jam 11 pagi macam tu la..Memang lama betul aku di dewan bersalin. Menunggu untuk diuruskan. Prosedur yang lambat pulak tu. Sebaik keluar dari dewan bersalin aku nampak  family aku. Aku tersenyum lemah tapi aku gembira. Dan aku memang terbaring sepanjang selepas aku bersalin. Sampai di wad aku kene pindah ke katil. Masa nak pindah tu tak larat bangun sampai kena angkat dengan suami and abah aku. Pelik jugak kenapa aku lemah sangat. Orang lain pun bersalin tapi boleh naik katil dengan sendiri. Lepas itu, aku di nasihati untuk buang air. Masa ni mak aku dah pun sumbat maajun tolak angin. Alhamdulillah aku bertenaga kembali. Sementara tu nurse2 praktikal memang ramai. Bila kita perlu mereka paham dan tak macam staf nurse yang ada dekat situ. Tak ramah. Ada seorang dua je. Sabar je la. Ha..ni derita jugak la kan??hehe..

Ok..selepas itu...

Masa nak bangun turun katil aku rasa sakit. Nurse suruh aku berdiri sebelum berjalan takut nanti pitam dan seseorang perlu pimpin aku ke tandas jika tak larat. Mak la orang yang banyak tolong aku masa tu sebab risau jadi macam dia beranakkan adik bongsu aku sebab pitam dalam tandas. Rasanya setiap langkah aku ke tandas amat menyakitkan. Aku terpaksa pegang ari-ari aku sebab menahan sakit. Aku lepaskan hajat apa yang patut dan dipendekkan cerita masa lepas bersalin biasalah doktor akan tanya macam ni  "dah buang air besar ke?" "dah buang air kecil ke?" Dan aku memang dah buat kedua-duanya seperti arahan staf nurse di situ. Bila doktor datang periksa dan tanya aku jawab semua bereh dan cumanya aku tak cakapla pada doktor tu kuantiti kencing aku sangat-sangat sedikit dan sakit pun semasa kencing tu. Aku pun tak syak apa-apa. Jadi aku abaikan jela. Malas nak panjang cerita sebenarnya. Nanti kene tahan lama dekat hospital. Aku tak nak. Aku tahu nak balik. Perasaan aku tak seronok duduk dekat wad tu. Entah kenapa aku pun tak pasti.. Hehe memang degilkan aku?Sebenarnya panjang lagi sejarah derita ni. Aku cadang nak sambung pada post seterusnya. Post akan datang aku akan cerita yang aku disahkan terdapat jangkitan kuman dalam air kencing aku dan bagaimana aku hadapi saat-saat tu dengan tragis tanpa suami tanpa keluarga di sisi   sementara menghadapi tangisan anakku di malam hari tanpa pengalaman di sisi. Nantikan kemunculannya...jeng..jeng..jeng..cekidot!

Ahad, 16 September 2012

RUPA UMUR BAYI 2 HARI

Seseorang : Tajuk macam ni pun ada ka??
Tuan blogger : Ha..yela..blog daku kan?


Haha..melawak ok..kali ini mama Hakim saja nak post gambar anak wangi mama nih (p/s: tak nak panggil busyuk2 nanti busyuk betul..hehe).


Masa ni hari kedua Hakim tengok dunia...Warna kulit masa second days nampak lainkan. Tahu tak sebab apa? Ha..masa ni doktor tahan Hakim sebab kuning atau dengan kata lain jaundis selain aku yang ditahan kerana bengkak ditempat jahitan dan kencing kotor macam post yang aku cakap sebelum nih..------> post yang ni

So, aku berada di wad bersalin selama dua hari. Masa hari kedua Hakim tak perlu ke wad kanak-kanak sebab aku perlu dirawat di wad bersalin tersebut sementara Hakim juga perlu  mendapatkan rawatan fototerapi menggunakan cahaya lampau ungu (ultraviolet) . Masa hari ketiga barulah kami ke wad kanak-kanak. Bayangkanlah sepatutnya sehari je aku dah boleh checkout..(eceh..----> macam hotel pulak..) tapi aku terpaksa menghadapi derita masa dalam wad bersalin. Nak tahu kenapa? Ok..aku terpaksa stop di sini sebab dah nak subuh. Aku akan update tentang kenapa aku rasa derita ditambah pulak aku sangat kesal dengan peraturan hospital masa tu. Ok..jumpa lagi..

Rabu, 12 September 2012

WAJAH SEJURUS BERSALIN


Gambar ini telah diambil sebaik sahaja mama Hakim selamat beranak.Bila tengok gambar-gambar bikin saya rindu nak mengandung lagi..hehe..ok, sila-silalah jenguk2 ye.


Di wad ini dan di katil inilah aku ditempatkan...Actually katilnya  sangat tidak selesa dan menyakitkan aku sebagai wanita lemah yang baru bersalin....Katilnya melendut dan menyebabkan sakit belakang..dan seksa bagi aku masa ni kerana aku ada kencing kotor selepas bersalin..memang sakit macam nak beranak lagi tau..sudahnya kene tahan 3 hari akibat sakit tu dan bengkak di tempat jahitan dan 3 hari itulah menahan derita..ha..tak mo cerita lagi..sakit jiwa bila ingat balik..misi kat situ pun alahai...sedih bila ingat balik..yang ok tu misi praktikal and yang tak ok tu paham-paham je la...lepas ni kalau boleh tak mo hospital kerajaan..syukur masa bersalin hari tu nurse perempuan handle..

Maklumat kelahiran:

D.O.B: 06 Julai 2011@07.20am
Jangkamasa kandungan: 39 minggu (ekceli 40 minggu sebab aku lewatkan seminggu)
Berat lahir: 3.19kg
Panjang: 50cm
Lilitan kepala: 36cm
selamat datang ke dunia anakku

pelik ye..Hakim sudah bukan dalam perut mama lagi


banyaknya tidur sayang mama ni


hanya gambar yang bercerita ok..

Baiklah..nanti aku update lagi. Selamat Tinggal..(skema betul ayat aku..hehe)

Sabtu, 11 Februari 2012

BUKIT TINGGI PAHANG

hubby menghirup udara segar

anak kami

Amirul Hakim style 1

Amirul Hakim style 2

Amirul Hakim style 3

KENAPA DENGAN AWAK ?

Salam pagi Sabtu kawan-kawan,


Izz nak kongsi post kali ini tentang apa-apa aje..hehe..
Ok takdelah...hehe...tetiba dalam benak kepala datang idea ni...

Izz atau sesiapa sahaja bernama perempuan mungkin pernah menghadapai situasi merajuk dengan pasangan masing-masingkan? (Siapa tak pernah pergi terjun gaung...kalau takde iman buat ler)

Namun kesudahannya ada yang okay, ada yang biasa-biasa, ada yang luar biasa, ada yang tak biasa dan ada yang macam-macam la. Lain orang lain ragamnyakan...

Persoalan Izz ialah (abang-abang yang macho bajet romantik mesti pandai jawabkan...hehe)

"Mengapa ye lelaki akan bertanya "kenapa dengan awak ni" kepada si wanita bila keadaaan wanita itu merajuk atau badmood sedangkan sudah terang lagi bersuluh punca yang buatkan wanita tersebut badmood....????

ha..jawab jangan tak jawab....

Izz pun nak try jawablah...huhu (macam bengang je rasanyakan.aku tanya aku sebok nak jawab..haha)

kalau aku yang jawab macam ni bunyinya:------->

Memula lelaki tu tak tahu sebab apa wanita itu merajuk sebenarnya.
Wanita kene terus terang walau macam mana pun

TAPI!!!!!!!!!!!!!

Kes kalau perempuan tu dah terus terang tapi macam ada yang tak kena je rasanya dan ada jugak lelaki yang buat wanita rasa sebal...buat wanita rasa masih kosong....secara pemerhatian dan aku simpulkan berbalik kepada kesensitifan lelaki itu sendiri terhadap perasaan perempuan tu....

ok...sekarang kamu jawab ok....

Sabtu, 28 Januari 2012

BESARNYA IKAN KALOI


Memang terer tak
terer kan hubby Izz mancing????
terer dariku la..
dapat kaloi 4kg..
cakap pada abang suruh jual
tapi dia tak mahu
lain kali saja..
aku memang la teruja tengok ikan besar2
depan mata kot
okay..kita nak masak apa agaknya???
agak2 hubby i tu boleh ke makan ikan tu?
sebab ikan laut je dia boleh telan...
ikan lain kene reject la kalau tak kene..
hehe

OMBAK RINDU PADA ALLAH?

Jom hayati lirik ni....


Tuhan tolong lembutkan hati hamba
Untuk mencintaimu seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Menghadapi siksa nerakaMu

Tuhan aku tahu
Banyak dosaku
Hanya ingatkanmu kala dukaku
Namun hanya kamu
Yang mampu membuka hatiku untuk cintaiMu

Allah ampunkan hambamu
Yang selalu dustakan janjiku
Agar kelak ku takkan disiksa
Kerna dosa-dosa masa lalu

Allah jatuh airmataku
Dan terus mengalir mengiring doaku
Allah yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta
Hanya mampu berdoa
Moga maghfirah tiba nanti

Ahad, 15 Januari 2012

TIPS DI KEJAR ANJING 2

Okay sambung balik cerita hari tu 

Jam 5.00pm

Aku masa tu dah nak balik kerja. Balik jalan kaki je ok. Jalan dan terus jalan. Tiba-tiba aku nampak seekor tapi aku jalan je lagi.Buat-buat tak nampak dan aku pun jalan tak toleh dah. 

Then sampai kat simpang aku rasa nak naik angin la jugak sebab anjing tu  rupanya siap bawa geng dia untuk follow aku. Memang berong punya anjing. 

Cerita pasal takut aku berani jamin siapa tak kecutkan. Masa tu kedai2 pun tak bukak lagi sesi malam tak pun dah banyak tutup. Aisey, kalau diorang kejar aku macamana la agaknya kan. Asyik follow je dari tadi. Anjing gila betul la.

Apa aku buat??????haha

Then aku yang separa pengecut ni teringat satu petua. Ha..apa lagi aku terus buat-buat bongkok dan berlakon macam nak ambil batu. Aku jeling-jeling sikit ke belakang. Nampak macam nak berjaya tau!Yup...memang betul la..Now, anjing merong tu pulak yang kecut. Mereka sudah berundur setapak demi setapak. 

Tapi aku masih terus bongkok dan bongkok korang tau masa berjalan tu. Ambil langkah berhati-hati la kunon-kunonnya. Memang mereng punya hal betul la. So sampai tempat yang sudah ada orang aku bangun balik.  Patah pinggang nak dibuat rasanya.

Toleh balik sekali lagi!!!!Yes!Yes!...anjing pengecut..Padan muka kau...ada hati nak kacau aku. Ptuih2x!!...hehe..tengok kemain belagak lagi aku...hehe..Mentang-mentang anjing tu dah blah dengan geng2x dia kan....Erm..ekceli tak la..aku dah lepas azab dek mereka tu jantung aku sebenarnya macam kene pam tak henti-henti .Syukur sangat-sangat. Syukur pada tuhan sebab datangkan ilham  kepada kepala otak aku.

So..begitulah ceritanya...apa kene buat???

Kamu kene buat-buat bongkok ambil batu macam nak baling kat anjing tu. Kalau ada batu kamu baling je. Lagi mudah.

Sabtu, 14 Januari 2012

TIPS DIKEJAR ANJING 1

Siapa pernah anjing follow dia?
Kalau pernah aku pun pernah
So aku saja nak share pengalaman aku kene follow dek anjing

Masa tu tahun 2006

alkisahnya....

Masa tu aku kerja kerani kat sebuah sekolah di Simpang Pulai, Ipoh dulu dan rumah sewa ke sekolah ambil masa 30 minit kalau jalan kaki. Aku pun tiada sebarang kenderaan masa tu. So terpaksalah pergi-balik jalan kaki. Memang best sebab boleh exercise sekali..huhu. 

Tapi yang tak syoknya setiap kali balik dekat kawasan persimpangan Simpang Pulai adalah kawasan yang ada segala bapak anjing mak anjing dan sekutunya. Nak tak nak aku kene lalu juga kawasan tu. Setakat tu aku masih boleh terlepas dari azab menghadapi ketakutan. Yela bayangkan anjing-anjing dekat situ semua nampak ganas-ganas. Mana ada yang comel2. Bukan seekor dua tapi berekor-ekor anjing berkeliaran. 

Suatu hari....

ops..entri ini aku akan sambung okay...tunggu...dah nak maghrib

Jumaat, 13 Januari 2012

KAHWIN MUDA

Salam guys..tadi sempat menonton WANITA HARI INI isu tentang Baru Kahwin Sudah Bosan

Apa yang aku nak kongsikan tak banyak mana sikit je:

*tak kisah kalau kahwin muda sekalipun tapi persoalannya di sini:
1-sudahkah anda benar2 bersedia memikul tanggungjawab as wife as husband,
2-sudikah terima kelemahan setiap pasangan
3-sudikah susah senang bersama
4-dan lain2....(lu pikir sendiri)

p/s aku:kalau kahwin ikut nafsu memang akan berhantu tapi kalau kahwin kerana nak mencari Mardhotillah insyaAllah lidah tergigit berkali-kali tawa takkan pernah sepi, cinta semakin dirai, InsyaAllah kebahagiaan bersama disisi......

Selasa, 10 Januari 2012

DOSA IBU BAPA MENGATASI KESALAHAN ANAK-ANAK

Sebuah perkongsian email......................

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan"

[al-Tahrim 66 : 6]


Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari nulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak.
"Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami", kata seorang pemanggil yang menelefon saya.

Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting? Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis!

Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya.

"Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian", saya sukar menahan hati dari bersedih.

Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.

Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan `kemarahan' saya.

Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?

Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan.

Saya tidak menyesal menjadi `suri rumah' selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.

Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.

Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk

makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik.

Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar.

Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama.

Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.

Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa.

Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak- anak semakin meruncing.

Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh.
"Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia", saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.

Isteri saya mengangguk tanda setuju. Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis "OMER". Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia.

Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, "my father is a Moslem!"

Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.

Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, "apakah selamat anakku membesar di Malaysia?"

Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak.

"Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!", saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.

Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.

Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, sudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak- anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas.

Mampukah saya begitu? Entahlah...

Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.

Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya.

Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.

Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa.

Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak- anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar `sejuk', kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.

Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.

Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil aligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.

Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.

Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana?

Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA. Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad'u pertama saya.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Maafkan Abi dan Ummi!

let's tweet here