ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Rabu, 12 Mac 2014

KAPTEN NURUDIN ABDUL MAJID

Ribuan tersentak akan madah beliau
semahu mungkin menolak hakikat
menyeru meminta membulat keyakinan kepada khaliq
serta usaha dalam amalan rohaniah

Sekalipun usaha dalam menjejaki kehilangan tidak dinafikan
apatah lagi kepesatan sains dan teknologi yang melangkaui
kepakaran insan dalam bidang peasawat ini
siapakah yang mampu menafikan madahnya??

Tatkala ribuan insan membicarakan asbab segala yang mungkin
beliau hanya bermadah
semuanya adalah qudrat Allah
khaliq sains dan teknologi itu sendiri
tidak lupa juga
doa yang taqarub kepada Rabbnya

ya ashabi
haiya nusyahidu imanina
tafakur wa tafakur
hazihil haqiqah..

حسبنا الله ونعم الوكيل
(cukuplah Allah bagiku)

لاَ حوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ.
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)








"Ya Allah Ya rahman Ya rahim....hanya engkaulah Allah yang maha berkuasa....dan hanya engkaulah yang mengetahui di mana MH370 berada...hilangkanlah segala persoalan yang menjadi tanda tanya kami semua..hilangkanlah segala prasangka kami....dan sabarkanlah hati-hati kami dalam menerima segala kemungkinan...amin ya rabal alamin"

sebuah perkongsian dari fb sahabat

Kapten Norudin Abd Majid ketika ini sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh,kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan #MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah #PilotMH370 (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.



Siapa itu Kapten Nurudin Abd Majid?


Beliau adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia,beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.

Apabila Kapten Nurudin Abd Majid meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan #MH370 , seakan-akan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau.

ikuti pandangan peribadi beliau di sini 



Rabu, 24 April 2013

ISTERI SOLEHAH

suami, isteri , cinta ,sayang, petua, bahagia, soleh
Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah. Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Pesanan kepada diriku dan isteri di luar sana:

"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."

let's tweet here