ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Khamis, 29 Disember 2011

DINNER WITH AJK SRARNI

Semalam makan malam dengan Guru2 dan AJK SRARNI
Tempat di Sutera Bayu
Dibelanja oleh En Roslan sebagai Pengerusi SRARNI
Antara menunya:
Ikan Siakap masak masam2 manis
Cendawan Tomyan
Udang Goreng Tepung
Ayam Masak Merah
Air Oren
Koktail Buah
Cik Esah with anak guru besar

Isnin, 26 Disember 2011

Edit foto contest

tag awal2 kepada



Tadi aku terjumpa kontes ni dari blog seseorang...
jadi kontes ni dianjurkan oleh Cik Qaseh Dahlia..
so sesiapa nak join sila pegi ke BLOG CIK QASEH ni sebelum terlambatt..rugi tau


aku pertaruhkan gambaq ini

sebelum
then setelah ku kodek2 guna photoscape maka jadilah begini
aku suka yang simple je
so inilah kreativiti aku tanpa perlu photoshop bagai
selepas





amacam....terer gak aku kalah budak tadika..haa.. 

p/s penaja: dapat hadiah to4 ...


Rabu, 21 Disember 2011

Penolong Kanan SRARNI

Kring2x..
Telefon aku bunyi
Ops.. Kak Sofiya call
News apa kali ini?
Aku dilantik sebagai penolong kanan sekolah kafa aku!
Aku tak senyum dan aku tak monyok
Aku nak mengeluh cepat2 aku tarik balik

Semalam meeting aku tak datang
Padan muka aku
Beban semakin bertambah
Nak reject confirm tak diterima

Perlukah alasan untuk aku tidak terima?
Jadikan sebagai cabaran?
Ayat dah basi aku rasa
Kerja dia bukan susah tapi leceh
Tak konsisten dan serabut kepala aku
Sebab tu aku tak minat
Aku suka tolong kerja admin
tapi aku tak suka terikat sebarang jawatan
Lagi2 aku ada anak kecil susah nak ke sana sini
Aisey bikin kepala naik serabut
Konklusinya ????

H.A.T.I K.E.N.A R.E.D.H.A

ULAR DAN MIMPI

Salam

Apa kene isu ular dan mimpi?
Ops..malam tadi aku mimpi ular tedung selar
colour2 hijau kepala kembang2 mata bulat kedip2
nak termuntah rasanya sampai tegak bulu roma

Memang gila kamu2 nak tahu
Memang macam betul-betul je
Kene belit dengan ular

Anak aku pun sama dalam scene tu
Abah aku jadi hero dalam mimpi aku tu
Tapi kene belit sekali
Banyak kali aku kene patuk tapi tak mati2
geli kamu2 kalau nak tahu

Jam 3.30 pagi aku terjaga
seram gila kot
terus ambil wudhuk dan solat
hubby aku pun balik ot pastu
cerita pada hubby
tidur peluk hubby ketat2

Mimpi ular mana boleh main-main
tiada kait-mengait dengan masuk meminang
tapi ia adalah satu gangguan jin dan iblis
seumur aku tak pernah mimpi macam tu
jadi ia sebagai peringatan kepada aku dan keluarga
tingkatkan diri mohon lindungan Allah..

WANG KERTAS MALAYSIA SIRI BARU


Keunikan Malaysia
(Wang Kertas Malaysia Siri Baharu)

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.


Ciri-ciri Am
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional. Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Isnin, 19 Disember 2011

1st Giveaway by Anis and Aina


Giveaway datang lagi..
join dan terus join...
kalau nak join tekan sini

Tag:belogdaku

Sabtu, 17 Disember 2011

TUTORIAL BUAT STICKY POST

Salam

Ada satu tutorial nak share kat kamu2
biasa-biasa tutorial gitu
mungkin ramai dah tahu
buat2 la tak tahu
tapi jangan lupa tu
dalam ramai ada yang masih nak tahu
berkongsi dan terus berkongsi harus tu
mengerat ukhuwah..cewah berianya aku
  • Tulis entry/post anda seperti biasa dan publish kan.
  • Kemudian pergi ke Design >>Posting >> Edit Posts >> Pilih post mane yang nak dijadikan sticky post dan click Edit.
  • Dibahagian Edit Posts tue >> click Post Option >> Pilih Setting Set date and Time >> Tukarkan tarikh dan masa sampai bila anda mahu post ini dijadikan sebagai Sticky Post.
  • Kemudian click Publish Post semula
ha..kan siap...its easy rite???okay teruskan berkongsi...TRY JANGAN TAK CUBA
ops lupa lak nak cerita kegunaan sticky post untuk apa
ok sticky post lebih kurang untuk entri kamu2 sentiasa berada teratas dari entri lelain untuk beberapa tempoh
terutama mereka yang suka buat giveaway, segmen, dan adik beradik seumpamanya la
ok..cekidot.

Khamis, 15 Disember 2011

Cik Adyb's GiveAway

GA lagi Ga lagi
saja nak bagi meriah
jom join reramai ok
sis mention kat noor dan suecomey

Isnin, 12 Disember 2011

Contest Blog Saya Ringan,Comel dan Kemas

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Salam semua


tekan sini pun boleh

See gambar di atas
Siapa belum isi?
Okay kamu-kamu
Aku bantu kalian
Bukan muat turun gambar tu
Borang tidak sah nanti
Tapi tekan pada gambar pun sudah boleh ke link dia

SHOUTMIX NOT FREE ANYMORE?

P/s : Thanks for using ShoutMix for all these year. I have been providing free shoutboxes on the World Wide Web for over 7 years now. It wasn't long before I realized being 100% free is not sustainable. Just before ShoutMix's first birthday, it almost had to be closed. 
SELANJUTNYA KISS HERE


Salam and Good Morning

Makluman sekalian kaki blogger!               TENGOK SINI ------------->>

Shoutmix will be close
Sedih tak kamu-kamu?
Nah ambil tisu aku dulu bayar nanti (hehe)
Lap air mata, air kaki, air tangan anda semua
Aku dan kamu bertenang dulu ya

Ahad, 11 Disember 2011

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Salam pembaca setia,


aku macam kes yang ini

Sabtu, 10 Disember 2011

DO YOU KNOW HOW THE PRICE OF YOUR BLOG????

Salam my lovely readers,

perhaps some of us know already about this
what is the price of your blog
I do not think the blog valuable
I know it is not comparable to google or peers
but it's still worth it

so just want to share
current value of my blog (makin lama makin mahal kot..hehe)


haha..aku tahu takdak sapa mahu beli
tapi kalau dapat shopping kan best tu..
ok nak tahu harga blog korang tekan je kat gambar tu ok.

t compare la dengan blog aku yang tak seberapa nih..
ok sharing didnt make kita kering
the end kat sini

Khamis, 8 Disember 2011

segmen up follower dengan sepantas kilat

Salam  teman2
Jom join segmen ni reramai !
pesanan penaja:
yang pasti akan mengempak blog korang ! korang nak tahu kenapa ? sebab nama segmen ni pon 'segmen up follower dengan sepantas kilat' so follower korang pon akan bertambah sepantas kilat ..puas ? zass . belom cuba belom tahu kan ?

klik je banner tu dear yang baik hati

or tekan je

TAMAT


PREGNANT 2

Dalam 3 bulan pertama kandungan memang sangat-sangat perlu dijaga. Masa ni mama belum nak mengidam sangat. Makan apa pun tak lalu. Setiap kali lepas makan confirm keluar balik. Tapi kene juga makan sebab untuk perkembangan janin. Masa ini memang mama suka sangat makan epal hijau. Rasa dia tak buat mama loya sangat. Sampai facebook pun nama Puteri Epal Hijau. Lagipun membantu juga tambahkan HB.

PREGNANT 1

Buat tatapan anak mama...

Mengingatkan ketika mama mengandung tempoh lalu adalah pengalaman sangat indah dan merupakan nikmat tuhan yang tidak terhingga. Perkembangan janin dari bulan pertama hingga bulan-bulan  berikutnya membuat hati mama sangat teruja.

Sabtu, 3 Disember 2011

BENCI ROKOK ATAU PEROKOK?


salam guys..
antara perokok dan rokok
mana kita lebih benci?

aku pun tak sure
but ini opinion aku
biasa kita lebih benci perokok
setuju?
keluhan biasa kita dengar kepada perokok:
"takde tempat lain ke nak merokok"
"perosak bangsa betul  mereka tu"
"nak bunuh diri sendiri ke"
"tak paham halal haram ke?"
"nak mati jangan ajak orang lain, p la merokok jauh2"
"biadap betul merokok kat sini"
"buang putung rokok merata2, memey nak kene sepak betul la"
"biaq mampuih cepat lagi baguih"
"rokok mampu beli, sedekah punya liat"
dan mungkin banyak lagi yang pernah kita dengar kan. Betul tak?

jarangkan kita dengar
orang marahkan rokok
setuju?
tentulah kene setuju
sebab rokok innoncent
yang salah tentulah perokok dan seangkatannya.

ada otak tak pakai
ada akal tak pikir
ada hukum dipandang sepi
ada hati dibiar mati
ada janji tapi dimungkiri
entah bila perokok nak berhenti
sampai ajal tiba MAYBE????


p/s: jika hati merasa tidak enak melakukan sesuatu perkara lebih baik kita jangan teruskan.



BAHASA TEKNOLOGI

Mungkin sebagai panduan. Sharing is caring..ahakz...enjoy it korang....
✿Jika kita marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
✿Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati.
✿Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.
✿Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
✿Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
✿Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
✿Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
✿Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
✿Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan taubat nasuha

SEMOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH SWT..:-)

Khamis, 1 Disember 2011

KEPERCAYAAN, MISTIK, IBADAT, UPACARA AGAMA DAN MUAMALAT 2



BOMOH SERU ROH MEMASUKI JASADNYA

S: Apakah hukumnya seorang bomoh yang menyeru roh ataupun makhluk halus memasuki jasadnya dengan keadaan tidak sedarkan dirinya dan ia dapat mengubati seorang pesakit?

J: Soalan ini bergantung kepada bomoh itu, samada ia menjadikan jin itu sebagai khadam walau tidak sedarkan diri. Sekiranya ia mengingati Allah maka tidaklah berdosa. Yang menjadi kebimbangan apabila tidak sedar dan mati dalam keadaan demikian. Orang yang tidak sedarkan diri itu mengubati adalah salah kerana dia dimasuki oleh jin sehingga tidak sedar diri.

KEPERCAYAAN 'KEMPUNAN' BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK

S: Adakah wujud konsep kempunan yang sering dipercayai dikalangan masyarakat melayu?

J: Kempunan itu hanya kepercayaan orang2 melayu sahaja dan suatu kepercayaan turun-temurun yang boleh membawa kepada syirik. Apabla seseorang itu meninggal dunia disebabkan oleh tidak makan terlebih dahulu, kita akan kata kalaulah dia makan dahulu mungkin tidak mati. Ini adalah bunga2 yang lari dari Qada Qadar Allah. Kesimpulannya tidak ada kempunan.

TEPUNG TAWAR, MEMUJA PANTAI DAN MANDI SAFAR

S: bagaimankah sekiranya seseorang itu mengamalkan amalan tradisi Melayu seperti menepung tawar, memuja pantai, mandi safar dan lain-lain lagi seperti sekarang. Apakah ianya tergolong dalam perbuatan syirik?

 J: Adat tradisi lama yang dilakukan seperti tepung tawar dan sebagainya adalah merupakan perbuatan yang boleh membawa kepada syirik. Manakala mandi safar adalah kepercayaan khurafat yang wajib dibuang dan dikikis dari masyarakat melayu kerana bercanggah dengan hadis yang menyatakan tidak ada nahas di dalam bulan Safar. Sementara memuja pantai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada syirik kerana mengangggap makhluk itu boleh membawa bencana dan sebagainya.

Maksud Sabda Rasulullah SAW:  Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan, tidak ada kesialan, tidak ada hal-hal tidak baik kerana burung hantu, dan kesialan bulan safar.( Bukhari dan Muslim )

KEPERCAYAAN, MISTIK, IBADAT, UPACARA AGAMA DAN MUAMALAT 1

Salam pembaca budiman. Entri kali nampak macam sebelah mata tapi penting sebenarnya bagi kita yang masih dalam kejahilan tentang beberapa persoalan agama. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua kerana Rasulullah pernah berpesan sampaikanlah walaupun satu ayat. Sumber yang aku peroleh pula dari sebuah buku SOAL JAWAB KEMUSYKILAN AGAMA karangn Ustaz Ismail Kamus cetakan ketiga April 89.


BUNIAN TIDAK WUJUD DALAM ISLAM

S: Ada pendapat menyatakan bunian tidak wujud dalam Islam dan yang wujud hanyalah jin. Apakah pandangan ini benar?

J: Di dalam Al-Quran disebut makhluk-makhluk ghaib hanya ada tiga di dunia ini iaitu jin , syaitan dan malaikat. Yang lain mungkin istilah melayu.

KAHWIN DENGAN RAJA BUNIAN

S: Baru-baru ini saya terbaca kisah manusia kahwin dengan raja bunian. Apakah pandangan ustaz mengenai cerita tersebut.

J:  Kalau berkahwin dengan raja bunian kemungkinan ia berkahwin dengan raja jin. Wallahua'lam.

TIDAK SAH MANUSIA KAHWIN DENGAN JIN

S: Jika bunian tidak wujud, mungkin perempuan itu berkahwin dengan jin, Adakah sah pernikahan manusia dengan jin. Bagaimana pula anak yang dilahirkan oleh perempuan tersebut.

J: Perkahwinan antara manusia dan jin adalah tidak sah kerana perkahwinan itu mestilah sejenis. Firman Allah  s.w.t juga menyatakan dalam surah ar-rum ayat 21 bermaksud
21. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Sekian akan bersambung....

let's tweet here