ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Rabu, 30 Jun 2010

KUCING AKU

Salam ceria..
kali ni ana nak post peel Si EponG AyaM my lovely cat..Epong dah la tengah PREGNANT ni..tunggu masa je..i hope dokto2 dapat wat terbaik untuk dia..hehe
c da stomach la

 

Satu yang ana suka kat Epong ini BELIAU suka minum air banyak sangat sebab tu badan dia MANTAP.
Suka peluk BELIAU....sayang sangat2x..
BELIAU sangat cute bila nak minum air..kerana APA??? Ini kerana beliau sangat cute apabila menunggu GILIRAN untuk minum air di bilik MANDI jika ada sesiapa pada masa tersebut berada di dalam bilik air..



lepas itu bila terbuka je bilik mandi..apalagi..TAK SABAR2 BETUL NAK MELURU ke bilik air taw..isk2..bertambah GERAM ngan Si Epong ini bila bunyi MIOW2x supaya kita ambilkan air letak di gayung untuk beliau minum..alahai..memang geram keletahnya..huhu..


tak sabar2 masuk bilik air
dan ana berasa sangat TERUJA dan terpaksa BERSABAR dengan beliau lagi sebab bila tengah minum tu...erm...tempoh beliau minum air amatlah lama...begitulah al-kisahnya...
so kat bawah korang tengoklah..betapa ana sabar sambil mengKAMERA beliau...sob2x..


so ..ana sangat menyayangi beliau yang telah hidup bersama FAMILY ana selama tiga tahun..


LOVE YOU EPONG AYAM...


Ahad, 27 Jun 2010

MARAH

Agak curious bila ana buat tajuk sebegitukan? Huh..mengapa? Ana sedang marah?..Tak juga..sebab masa ana menulis blog ini ana baru sahaja lepas reda dari keadaan yang stress yang menyebabkan rasa marah tetapi hanya menahan rasa dan hanya mengikut rentak orang sekeliling. 



"Janganlah asyik nak marah je"....Uish?..apa rasanya bila ada orang memperkatakan sebegitu kepada kita. Bagi opinion ana yang tak seberapa ini, kata2 sebegitu buat perisa untuk mengextra MARAH lagi ada. Actually, ana tak suka bila ana marah. Yela, muka monyok nampak tua, then macam hantu ana pun tak suka. Ana nak juga jadi awet muda tak ditelan zaman, hehe.

So..ana terfikir juga kenapa boleh marah? Jeng..jeng..jeng..perlu jawapan ni. Isk2..apa ya?? Erm..bagi ana, marah terjadi sebab ada sesuatu perkara yang tak memuaskan hati, so itulah yang kadang2 sampai naik darah. Ana pun macam tu juga. Bila ada orang cuba buat onar, dan penjelasan yang berbelit-belit siapa pun fed-up ye tak. Lepas itu, yang buat ana geram lagi bila kita pula dituding balik. Ada saja 1001 macam alasan nak pekene kita balik. Adoyai..sabar jela..sabar ek?? Ish..marah la..hehe..tapi ana tak la sampai nak pergi hentam mereka ini. Ana pun sendiri takut kalau marah macam singa betina.


Bila gaduh dengan pasangan sekalipun, (ana kadang2 memang suka cari pasal dengan pasangan sebab kadang2 nak tarik reaction je....erk??..merapu betul la..hehe)

Yela, marah2 tandanya sayang. Sob2 je la..ana kalau marah, nak low memang perit. Silap haribulan meletus lava Mount Sakurajima (gunung berapi bahaya yang masih aktif) kalau salah teknik. Ana tak pasti kalau teman seangkatan ana apa yang boleh buat mereka reda jika dipujuk oleh pasangan.Bila ana marah.....ana rasa apa yang boleh buat ana cool ialah..(kalau pasangan nak pujuk ler..tak nak sudah..)



Mula2 kene tanya si dia kenapa walaupun korang tahu akan terkene serpihan lava si dia. Kalau dia tak cakap, pandai2lah korang berbasa basi misalnya "bila kita boleh selesaikan masalah ini kalau ayg diam je".Perkara penting kat sini adalah sabar dan jangan tambah minyak gas pulak dalam api.(Agak memakan masa yang lama kot). Tujuan utamanya adalah kerana wanita inginkan perhatian. Sebenarnya dia nak korang ada di sisi supaya dia berasa tenang.Maksudnya korang tak patut biarkan dia. Ego si dia tu mula2 jer..So janganlah risau. 

Say sorry dan katakan apa punca masalah tersebut. Dan bila si dia start membebel....dengarkan je bebelannya. Jangan menyampuk tetapi kene sokong walaupun pada hakikatnya korang tak setuju. (Bila dah cool tegurlah kesilapannya.)..dan aku petik perikan ini dari sebuah laman yng berbunyi " Komunikasikan setiap masalah yang muncul, biasanya wanita akan berbicara sesuatu sebelum pada pokok permasalahan, bagi lelaki ia adalah hal yang tidak begitu penting untuk dibicarakan, akan tetapi sebenarnya wanita hanya ingin lelaki mendengarkan saja. Bila lelaki dapat menanggapi permasalahan tersebut dengan sabar untuk mendengarkan (saja), maka wanita secara perlahan menemukan kenyamanan untuk mengungkapkan permasalahan yang sedang dihadapinya" Haha..menjadi kebiasaan lelaki nak selesaikan masalah je kerjanya...so korang sediakan telinga lepas ni.

Biasanya dah okay la selepas step 2 tu..Banyak lagi cara lain yang boleh dipakai. Kalau dah cool....masa ni barulah korang berbincang. Jangan lupa say "Sayang awak sangat-sangat" 

Lastly, dengar saranan dia. Apa dia tak suka janganlah buat. Jangan ulangi kesilapan tersebut dan sambil lewa. Be serious. Ok.out..

Sabtu, 19 Jun 2010

PENGANTIN LEEYA DAN HAFEEZ



Salam ceria teman2..pejam celik rupanya ana dah lama tak memblog..waduh! Biasalah..sibuk sedikit akhir-akhir ini..urusan di kolej tak selesai lagi..so aku harap agar segera diselesaikan..amin..

Minggu lepas 12&13 Jun 2010 adalah hari yang bahagia buat Leeya & Hafeez. Pada hari tersebut aku amat gembira juga kerana dapat bertemu dengan sahabat2 lama dari SMK Sultan Abdullah. Memang kecoh kalau lama tak jumpakan. Erm..masing-masing dengan style tersendiri.



AKU????..tak pasal2 dapat pangkat slim world...haha..kurus ker???biasa aja rasanya..cuma da gak yang usik2 lagi tu..Dekat2 nak kawen ni kenela kurus2..hehe..macam2 kawan2 ana ni..Bila nak makan nasi minyak??..Soalan ni bukan susah nak jawab cuma aku belum mendapat kepastian lagi...Yela..kahwin bukan sesuatu yang mudah jugak..Banyak perkara kene fikir tapi aku harap segalanya berjalan lancar. Lagipun dah lama aku bertunang so tak baik lewat2kan kan??.Dengar kata orang2 tua ni, kadang-kadang darah manis boleh jadi pahit..nauzubillah..

Ok ..dikesempatan ini aku wish buat leeya dan hafeez semoga korang bahagia dunia & akhirat serta tabah dalam menghadapi onak duri rumahtangga...wallahualam


bagai pinang di belah2

Khamis, 10 Jun 2010

PETUA BELAJAR



huh..perkara yang ana takutkan sudah berakhir..☺ Akhirnya result sudah sampai dan ana telah lulus terutamanya subjek Al-Quran yang paling ana takuti. Walaupun cukup-cukup makan je...hehe..

Haaa..baru ana dapat menarik nafas panjang...Akhirnya, tamatlah sudah pengajian ana di KISDAR ini. Di bawah ni gambar tempat ana mengaji selepas pindah dari Kisdar Ipoh...Cantikkan??? Belajar di sini memang best. Banyak kenangan pahit manis.



Alhamdulillah..CGPA ana secara keseluruhan agak sukses iaitu ana memperolehi dot..dot.hihi..anugerah dekan boleh bajet2 la juga dan kerana itulah ana dapat mengekalkan prestasi ini....Jadinya ana ingin berkongsi tips dengan teman-teman bagaimana ana memperolehi kejayaan ana ini. Pertamanya, ana memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpahan kurniaanNya ana berada ditahap ini. Sebenarnya ana bukan seorang yang cerdik tetapi ia bermula dari bagaimana kita berusaha itulah resipinya. So, bagaimana ana belajar?? Sebenarnya tips ini juga adalah mengikut kesesuaian seseorang itu. Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam mencipta sebuah kejayaan. Ana berasa tidak salah untuk berkongsi dengan kalian. Jika ia dirasakan sesuai dengan kehendak jiwa teruskanlah
ok..so, how my study??

erm...memandangkan ana mengaji Usuluddin dan menggunakan bahasa Arab jadi ia tidaklah sama seperti course2 yang lain ye..akan tetapi boleh juga guna tips ini jika rasa sesuai..mari kita mulai dengan...

  • Memasang niat yang lurus 
  • Mulakan sesuatu perkara dengan pujian kepada Allah SWT dalam mencapai keredhaanNya 
  • Jangan amal study 'last minute' tetapi sentiasa belajar dan belajar. Ini bermaksud selak helaian ilmu walaupun sebaris setiap hari. 
  • Paling penting bila ada assigment. Lebih baik siapkan awal dari due date yang ditetapkan. Jika tidak paham perlu merujuk kepada pensyarah mengikut keadaan. Pelajar perlu bijak dalam adab berhubungan dengan pensyarah bagi memperoleh berkat dalam belajar. 
  • Cara study adalah fokus di dalam kelas. Oleh sebab itu, say NO PONTENG kerana ia adalah untuk memperoleh berkat dalam belajar.☺ 
  • Setelah fokus, bolehlah study balik dengan memahami sedalam-dalamnya kerana penggunaan bahasa Arab merupakan suatu cabaran kepada ana dan memerlukan rujukan tambahan dan pencarian yang lebih. 
  • Bila exam nak dekat yang penting adalah bagaimana kita nak study memandangkan banyak perkara perlu dikejar. Erm..ana kadang2 merasa runsing sewaktu pexam nak dekat. Kadang2 kita dah study sebelum ini tapi macam tak study. Cool...memang serabut namun apa yang penting adalah, perbanyakkanlah bertawakal kepada Allah. Waktu macam ini amat digalakkan pelajar perlu bertaqarrub kepada Allah agar segala urusan kita menjadi mudah. 
  • Hafalan sebenarnya bukan cara terbaik dalam belajar namun ia amat perlu setelah sesuatu subjek itu difahami terlebih dahulu. Setelah kita dapat memahami sesuatu subjek itu, maka ia agak sedikit mudah bila kita hendak menghafal dan perlu diketahui saya tidak menghafal tanpa pen dan kertas. Ini kerana saya akan menulis sesuatu penyataan itu berulangkali. Usaha tangga kejayaan. 
  • Menghafal menggunakan teknik mengajarkan kepada orang lain juga amat berkesan. Ini kerana kita akan menyampaikan apa yang kita paham kepada orang lain. 
  • Perlu menganalisis bentuk2 soalan yang biasa keluar dan juga merujuk soalan2 semester lalu dan penting membuat penilaian kepada lecture masing2. 
  • Membuat nota mengikut keperluan dan nota tersebut adalah apa yang telah difahami. 
  • Akhir sekali, jujur pada diri. Meniru bukan cara terbaik kerana sepandai-pandai tupai melompat walaupun adakalanya tidak jatuh ke tanah tetapi fikirkanlah sendiri akan keberkatan ilmu tersebut. 
Semoga dengan beberapa tips yang tidak seberapa ini dapat ana membawa manfaat buat kalian di sana yang masih menuntut ilmu. Semoga kejayaan dapat mengiringi kalian. Ingat..gagal sekali tidak bererti untuk kali seterusnya. Putus asa itulah kegagalan kalian.☺





Di samping itu, bukan mudah menjadi pelajar yang menuntut ilmu agama ini. Terlalu banyak halangan dan cabaran yang bakal kalian tempuhi. Pada pendapat ana, kejayaan ana dalam memperolehi dekan bukanlah kejayaan yang ana harus banggakan. Jika ana dapat mengaplikasikan ilmu yang ana dapat ini, itulah buah permata yang sejati dalam erti kejayaan sebenar. Namun ana tetap bersyukur kerana ada hikmah disebaliknya. Ana akan cuba melakukan terbaik dengan ilmu yang ana perolehi. Sekurang-kurangnya mengapa ana memilih bidang agama adalah untuk memperbaiki diri. Ana ingin belajar mengenal erti hidup dalam mencapai keredhaan Ilahi. Ana berharap ana tidak memilih bidang ini untuk bermegah-megah kerana amatlah ketara perbezaan orang agama dengan orang beragama.


Ana juga ingin mengingatkan diri sendiri agar tidak menjadi fitnah sebagai orang yang menuntut ilmu agama. Memang benar, betapa sukar dan besarnya ujian untuk memelihara adab sebagai pelajar yang menuntut Ilmu Allah. Seringkali ramai yang kecundang dek ketebalan iman manusia itu sekejap naik sekejap turun. Makanya, bagi mereka yang kadang-kadang hanyut marilah sama-sama kita bermuhasabah diri. Kembalikan hati kalian agar menjadi fitri kerana segalanya bermula di hati. Jika putih hati kalian, maka baiklah akhlak kalian. Namun jika sebaliknya, sudah pasti kalian mengerti.



"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)







let's tweet here

Follow by Email