Agak curious bila ana buat tajuk sebegitukan? Huh..mengapa? Ana sedang marah?..Tak juga..sebab masa ana menulis blog ini ana baru sahaja lepas reda dari keadaan yang stress yang menyebabkan rasa marah tetapi hanya menahan rasa dan hanya mengikut rentak orang sekeliling.
"Janganlah asyik nak marah je"....Uish?..apa rasanya bila ada orang memperkatakan sebegitu kepada kita. Bagi opinion ana yang tak seberapa ini, kata2 sebegitu buat perisa untuk mengextra MARAH lagi ada. Actually, ana tak suka bila ana marah. Yela, muka monyok nampak tua, then macam hantu ana pun tak suka. Ana nak juga jadi awet muda tak ditelan zaman, hehe.
So..ana terfikir juga kenapa boleh marah? Jeng..jeng..jeng..perlu jawapan ni. Isk2..apa ya?? Erm..bagi ana, marah terjadi sebab ada sesuatu perkara yang tak memuaskan hati, so itulah yang kadang2 sampai naik darah. Ana pun macam tu juga. Bila ada orang cuba buat onar, dan penjelasan yang berbelit-belit siapa pun fed-up ye tak. Lepas itu, yang buat ana geram lagi bila kita pula dituding balik. Ada saja 1001 macam alasan nak pekene kita balik. Adoyai..sabar jela..sabar ek?? Ish..marah la..hehe..tapi ana tak la sampai nak pergi hentam mereka ini. Ana pun sendiri takut kalau marah macam singa betina.
Bila gaduh dengan pasangan sekalipun, (ana kadang2 memang suka cari pasal dengan pasangan sebab kadang2 nak tarik reaction je....erk??..merapu betul la..hehe)
Yela, marah2 tandanya sayang. Sob2 je la..ana kalau marah, nak low memang perit. Silap haribulan meletus lava Mount Sakurajima (gunung berapi bahaya yang masih aktif) kalau salah teknik. Ana tak pasti kalau teman seangkatan ana apa yang boleh buat mereka reda jika dipujuk oleh pasangan.Bila ana marah.....ana rasa apa yang boleh buat ana cool ialah..(kalau pasangan nak pujuk ler..tak nak sudah..)
Mula2 kene tanya si dia kenapa walaupun korang tahu akan terkene serpihan lava si dia. Kalau dia tak cakap, pandai2lah korang berbasa basi misalnya "bila kita boleh selesaikan masalah ini kalau ayg diam je".Perkara penting kat sini adalah sabar dan jangan tambah minyak gas pulak dalam api.(Agak memakan masa yang lama kot). Tujuan utamanya adalah kerana wanita inginkan perhatian. Sebenarnya dia nak korang ada di sisi supaya dia berasa tenang.Maksudnya korang tak patut biarkan dia. Ego si dia tu mula2 jer..So janganlah risau.
Say sorry dan katakan apa punca masalah tersebut. Dan bila si dia start membebel....dengarkan je bebelannya. Jangan menyampuk tetapi kene sokong walaupun pada hakikatnya korang tak setuju. (Bila dah cool tegurlah kesilapannya.)..dan aku petik perikan ini dari sebuah laman yng berbunyi " Komunikasikan setiap masalah yang muncul, biasanya wanita akan berbicara sesuatu sebelum pada pokok permasalahan, bagi lelaki ia adalah hal yang tidak begitu penting untuk dibicarakan, akan tetapi sebenarnya wanita hanya ingin lelaki mendengarkan saja. Bila lelaki dapat menanggapi permasalahan tersebut dengan sabar untuk mendengarkan (saja), maka wanita secara perlahan menemukan kenyamanan untuk mengungkapkan permasalahan yang sedang dihadapinya" Haha..menjadi kebiasaan lelaki nak selesaikan masalah je kerjanya...so korang sediakan telinga lepas ni.
Biasanya dah okay la selepas step 2 tu..Banyak lagi cara lain yang boleh dipakai. Kalau dah cool....masa ni barulah korang berbincang. Jangan lupa say "Sayang awak sangat-sangat"
Lastly, dengar saranan dia. Apa dia tak suka janganlah buat. Jangan ulangi kesilapan tersebut dan sambil lewa. Be serious. Ok.out..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit