ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Rabu, 30 November 2011

SENGGUGUT

Arghh!!
Bila cakap pasal senggugut ini ia merupakan suatu gambaran yang sedikit menakutkan...tapi itulah hakikat setiap bulan yang sering aku hadapi masa before kahwin..masa tengah gila senggugut dulu aku just amalkan minum air suam agak sedikit panas..alhamdulillah sedikit lega selepas hampir 3-5 jam...hampir satu jag kalau ikut kiraan banyak mana aku minum..kalau boleh aku sedaya upaya elak dari makan segala jenis ubat..aku bukan tak suka makan ubat cuma aku risau kesan2 akan datang je...nauzubillah..Actually, aku sedang teruja kejadian senggugut ni bagaimana...so sambil2 tu aku korek  kat google tadi dan dengor ler cerita aku eh ;)..
(ekceli aku share dari blogger mana mmg aku tak hengat....aku tulis ni kenyataan ni sbb ada readers tak puas hati...lagipun this time freshie agi aku jadi blogger..)

SENGGUGUT
Senggugut atau juga dikenali sebagai ‘premenstrual dysphoric disorder’ atau ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU?

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit ‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’ adalah disebabkan oleh penghasilan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan ‘ibuprofen’ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran ‘prostaglandin’ dan perubahan hormon.


SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

  1. ENDOMETRIOSIS-Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.
  2. FIBROID-Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
  3. PELVIK-Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
  4. ‘INTRAUTERINE DEVICE’ atau ‘IUD’-Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.
haa...dah bis bacakan???bila aku baca benda ini... syukur sangat sebab aku tergolong dari senggugut primer...baruku paham sekarang bahawa punca senggugut  aku masa anak dara adalah kerana berlakunya penguncupan dinding rahim yang amat kuat disebabkan oleh sejenis hormon iaitu prostaglandin...huh..patutla..kenapa orang kata lepas kawen senggugut hilang..rupanya kehamilan dan kelahiran dapat menghilangkan punca senggugut..hehe..yela..dinding rahim remajakan masih sempit..so..sekrang dah kahwin aku tidak lagi sakit...tu yang best kahwin tu..

SUKARKAH MENYELAMI HATI WANITA?

adakah kita yang membuatkan kaum adam tidak memahami kita, atau memang asal kejadian dan pembinaan diri kita yang sedemikian rupa membuatkan spesifikasi hati kita juga sukar ditelah ?
mengapa pula neraka Allah yang maha dahsyat dan tidak tertanggung itu pula menjadi tempat kembalinya ramai kaum kita?
adakah kita ini ini makhluk Allah yang lemah dan selalu jadi mangsa atau kita inilah pemangsa?
seandainya kita selalu ditindas dan teraniaya, maka mengapa kita pula yang memenuhi 2/3 neraka itu?
bukankah janji allah, doa orang yang teraniaya itu makbul?
lalu, kalau benar kita ini selalu dizalimi oleh kaum adam, para suami, maka mengapa mereka yang berkelakuan begitu tidak menjadi statistik ahli neraka?
adakah ada sesuatu dalam diri kita, dalam pegangan kita, dalam penerimaan kita, dalam penafsiran kita akan hakikat ujian dan dugaan hidup dari Allah yang salah, yang jauh tersasar dari kenyataan sebenar?
adakah kita merasakan yang diri kita dizalimi suami, suami panas baran, suami tidak adil, suami tidak bertanggung jawab, suami tidak pengasih, suami lokek, suami itu dan ini, tetapi rupanya diri kita yang terjebak dalam tipu daya iblis dan syaitan laknatullah, sehingga tersilap mentafsir?
sehingga sebenarnya hati kita, keyakinan kita yang diri kita dizalimi itu, kegagalan kita untuk nampak Allah di sebalik semua kejadian dalam kehidupan kita, maka sebenarnya itulah sebenarnya punca malapetaka dalam kehidupan kita?
dalam erti kata lain, sebenarnya kita sendiri yang menarik bala dalam hidup kita, bukan dari orang lain tetapi datang dari lubuk hati kita sendiri secara tanpa sedar…
dan atas keyakinan kita itulah, rupanya penyebab utama kepercayaan kita pada Allah tidak teguh. kita tidak mampu redho, hening, sabar dan ikhlas ..kita gagal menghadirkan sifat-sifat itu dalam hati kita .. kita tidak mampu lihat Allah dalam semua perkara ..
tiada Allah dalam hati kita, yang ada hanya perasaan betapa tidak adilnya kita diperlakukan, kita dicurangi, kita ditipu, kita diduakan, kita tidak diberi perhatian dan bagai…
lalu, semua perasaan itu menjadi kesumat dan punca kezulmatan yang menyelubungi diri, lalu kita terus hanyut dalam kegelapan dan terusan menyangka kita adalah mangsa walhal hakikat sebenarnya kitalah pemangsa..
kasihan,.. rupanya kitalah yang meletakkan diri kita dalam neraka Allah kerana kegagalan hati kita untuk ikhlas, hening, redho dan sabar dalam hidup,..
nauzubillahi min zalik..
astaghfirullahil’azim…astaghfirullahil’azim…astaghfirullahil’azim…

KESILAPAN PEREMPUAN

Salam..

Aku pernah terbaca sebuah buku karangan DR Atikah Ayuni. Ada satu part yang menarik perhatian aku. Aku tak sure tajuk buku tu tapi aku just ingat bab dia je.

Its about 6 KESILAPAN TERBESAR YANG DILAKUKAN OLEH WANITA APABILA BERSAMA PASANGANNYA: (DR nUR aTIKAH aYUNi pH.d)


so aku as woman pun  terpalit kot.. OMG besarnya silap aku...hehe..enjoy it guys:

1-berkelakuan seorang ibu dan layan pasangan seperti anak

2-suka berkorban dan utamakan lelaki yg disyg berbanding diri sendiri 

3-wanita lebih mudah tertarik dengan kelebihan lelaki 

4-wanita akan menyembunyikan kepintaran dan kecekapan mereka 

5-wanita akan melepaskan pengaruhnya

6-wanita bertindak seperti kanak2 untuk dapat perhatian pasangannya

Isnin, 28 November 2011

APA YANG PERLU DIFAHAMKAN?


Entri kali ini khas buat yang sudah berumahtangga. Tidak silap lagi isteri dan suami adalah dari dunia yang berbeza. Kadang2 boleh berlaku pertelingkahan pada perkara2 kecil. So entri ini aku just tulis pada perkara yang biasa berlaku di antara suami dan isteri. Next time aku akan post lagi ok....enjoy it...


Komen Isteri

i) Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid.

ii) Dia hanya bantu bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku?

Balasan Suami

i) Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu.

ii) Dia mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu.


Apa yang perlu difahami oleh

Lelaki:
  • Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat.
  • Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu ajaknya sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja.
  • Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut (i.e basuh baju, sidai, basuh pinggan dan sebagainya)

Wanita:
  • Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan mampu memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko marah tidak bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak?
  • Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah sebagai tempat berehat & bertenang.
  • Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban kerana ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.

SHOPPING 1

Semalam hari shopping aku and hubby. Last shoping 2 bulan lepas. Maybe it will be our rutin bersama as wife and husband. Lagipun kami still duduk bercampur dengan parents.Sepanjang ini pun ada perkara yang dapat kami berjimat. Bukan tak mahu duduk sendiri tapi kami masih memerlukan masa. Apa yang kami harap urusan dan rancangan kami berjalan baik. InsyaAllah. So bajet untuk semalam aku dapat kurangkan sikit berbanding 2 bulan lepas. Bulan ni dalam lingkungan RM 300 berbanding 2 bulan lalu dalam lingkungan RM 400. Mungkin lepas ini aku kene buat satu statement untuk rujukan kami suami isteri dalam buku perancangan keluarga. Plan ini penting demi masa depan kami juga untuk anak-anak kami. Doakan kami ye.

KAMI YANG PULANG DARI TF TERUS KE HOSPITAL UNTUK ZIARAH PAKCIK.



Rabu, 23 November 2011

SEPETANG BERSAMA DI LUMUT

12.00 pm
Hubby muncul depan rumah. "MC ker ???" omel aku sendirian. 
Yes..exactly..hubby MC.

"Sayang nak pergi Lumut tak?"soal hubby.
"(aku muka blur kejap)...ha???," tanya macam hairan.
"Nak taknak??,"soal hubby sekali lagi.
"Nakla,"jawab aku macam anak kecil jer.
"Eei..kalau bab jalan laju jer,"kata hubby sambil mencuit daguku.
"Ala, biasalah tu,'jawab aku selamba.

Selasa, 15 November 2011

SEMANGAT KULA 2

8 Okt 2011- Kula masih tat berdaya. Semalaman tak makan. Namun aku tetap bubuh minyak barut. Aku cuba bagi Kula makan daging. Terkejut juga Kula nampak selera. Aku pun bagi makan dan minum kepada Kula. Kelihatan Kula dapat bertapak sedikit demi sedikit. Aku harap Kula terus kuatkan semangat. Habis selesai dia kembali tidur dalam besen. Masa aku pula pergi kerja hubby ada bawa Kula pergi klinik. Doktor cakap Kula 50-50. Siapa tak sedih bila dengar macam tu. Suami aku cakap juga lebih baik dia terus mati masa kene langgar dari terseksa begini. Aduh..lagi sedih aku dengar. Tapi aku tetap juga berusaha. Mungkin akan berlaku keajaiban. Waktu malam bila suami aku pulang dari kerja giliran dia pula take care Kula. Memang care betul hubby pada Kula. Kula dalam sakit2 pun still ada hati nak tangkap cicak. Masa Kula sihat hubby la yang setia bantu Kula tangkap cicak. Manja betul Kula dengan hubby aku.
suamiku sedang beri susu pada Kula

BAGAIMANA MENYAYANGI SEBUAH MOTOSIKAL


yang bisa meredah hujan panas sayangku...


Entah kenapa aku secara tak disengajakan nak bercakap pasal moto. Agaknya sebab aku rindu dengan motosikal aku tu kot . Jadi aku tetiba sahaja bercadang nak share tips2 yang biasa aku buat bagaimana cara-cara aku membelai motosikal kesayangan aku. Lagipun moto aku tak canggih mana. Sejenis Honda wave 125 yang sentiasa menemani aku berulang alik dari Kuala Kangsar ke Teluk Intan semasa aku study dulu. Kenangan manis kami berdua amat aku rindui. Semoga juga beliau sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Oklah...di samping ia dapat menambah ilmu kepada aku, apa salahnya korang pun dapat input macam ni kan. Dan mana yang memang teror bab moto apa kata korang share ilmu korang kat sini. Bukan semua pembaca and aku tahu. now..jom teruskan pembacaan dan jangan menguap dulu. Sian kat teman ni yang sungguh2 ni nak mengajar mike....issh..malu i..


First at all...aku cukup prihatin ngan bab no 1 ni....dan yang lain2 tu biasa2 aja..ok..korang layanzz la dulu..mana tak paham tanya cekgu ok..cekgu nak tido dulu...
Kene ikut jadual penukaran minyak pelincir dan servis supaya tahap protection enjin korang adalah tahap max punya. 
Musti kene guna minyak pelincir yang terbukti keberkesanannya seperti yang aku selalu guna pelincir Shell memang baik untuk motosikal. 
Korang kena rajin cuci motosikal korang sendiri. Jangan p antaq CAR WASH sebab itu untuk kebaikan korang juga sebab kalau korang basuh tentu korang sambil tengok2 mana yang tak kena kat bahagian moto tu. Mana tahu ada yang broken2 so kan dah dapat detect awal. Cegah Itu Lebih Baik Dari Merawat...  (psst:kekadang aku pun malas gak..sebab orang2 kat rumah aku yang suka pakai moto aku sampi kadang2 terkene lecah2 tanah..kalau aku ja memang moto tu tak akan ke mana-mana...hehe) 
Kalau ada yang rosak kene cepat2 tukar takut nanti merebak cam penyakit kalau tak diubati makin melarat.Tapi kalau takde duit tak dapat den nak tolong...hehe 
Bagi manja lebih pada bahagian moto korang yang ada kaitan keselamatan korang contoh brek, tayar or apa2 yang dapat buat korang rasa selamat la. 
Korang kene ada sifu. Its mean korang kalau bab moto tanyalah pada yang pakar. Tanya mengenai petua nak tahu tahap kehausan tayar misalnya. Bukan apa..setahu aku tayar2 moto kita tu ada tahap bila dia nak kene bagi minum sebab haus..eh..mana plak minum..ganti tayar la bila dah haus....bateri pun sama je la kene cek tahap elektrolit dia. Paling koman tahan 2 tahun setahu aku. 
Last sekali ini penting beb. Korang mestilah seorang TELITI..apa dia murid2x..T.E.L.I.T.I..ahakzs..(ops..gurauan pagi hari)..Ok..korang kene PEKAK eh PEKA...its maksud sama ja dengan TELITI tu....kerana apa ??kerana korang kene 'make sure'kan moto korang dalam keadaan baik. supaya korang dapat merasai perbezaan yang maujud kepada moto tersebut. Submitlah kepada mekanik bertauliah jangan tak bertauliah or bengkel pekerja yang ada muka cam mat sengal ja,..sebab apa nanti tak pasal2 korang hantar moto korang dua hari kat bengkel Ah Long misalnya besok malam lebuh moto korang bila dah siap baik. This is true story aku cerita ok..cerita moto kawan aku punya abang dia hilang malam tu lepas siap selamat sampai rumah. Gamaknya ada pekerja sengal bengkel tu yang gatal tangan copy paste kunci dia. So..melopong la kawan. 


ok..happy ending kan...korang kutok2 membina la post aku ni supaya aku dapat menjadi penulis yang suka menulis..haaha..ok....mekasih sebab sudi baca...

    Isnin, 14 November 2011

    SEMANGAT KULA 1

    7 Nov 2011- Sungai Manik
    Beritanya ialah KULA kene langgar dengan kereta. Aku sangka nyawa Kula akan habis. Memang nazak. Kasihan gila bila tengok jeritannya. Hati aku memberontak sedih. Nasib jiran aku sempat nampak dan bawa pulang ke rumah aku. Kula juga sudah dianggap seperti menantu jiran sebelah aku sebab Kula kahwin dengan kucing dia. Sayang juga jiran aku pada Kula.

    apa jadi lepas tu????

    Ahad, 13 November 2011

    IHTIFAL SRAR NURUL ISLAMIAH

    SRARNI=sekolah rendah agama rakyat nurul islamiah

    salam semua,
    huh..busy betul Izz kebelakangan ni. Akhirnya selesai sudah Majlis Ihtifal kali ke 18 sekolah Izz. Yela, guru kafa setiap sekolah bukan ramai mana pun. (depend sekolah mana) Jadi terkontang kantinglah kami membuat kerja (taklah kontang sangat). Alhamdulillah berkat komitmen dan bantuan AJK SRARNI  Majlis Ihtifal berjalan sangat baik. So, Izz sangat gembira untuk share pengalaman yang Izz dapat ini dengan pembaca. Mana tahu dekat luar sana guru-guru kafa, ibubapa dan sesiapa jua pun yang baca blog ini dapat memberi idea untuk memajukan lagi SRARNI ataupun sekolah agama yang lain. Paling penting Izz happy sangat sepanjang dua tahun mengajar di SRARNI. 


    Sabtu, 12 November 2011

    AIDILADHA


    Slm guys..

    aidiladha pertama wif husband and our child...
    we're happy dapat jalan2 beraya..
    aidiladha still meriah sebab dapat berkumpul dengan sanak saudara..
    enjoy and puas coz Izz dapat makan banyak2..
    amirul hakim pun cibuk jugak jalan ngan mama & ayah dia..
    lets enjoy us.....

    my lovely driver...sayang mucuk big bb


    dan kat bawah ini gambar dengan saudara mara...abang zaidlah photogrpaher kami yang setia.
    .
      .






    so...hepi eiduladha...jom kita berkorban

    Khamis, 10 November 2011

    ELAUN BERSALIN KAFA

    salam readers hok comey2..

    sambil gosok mata tahan lapor...ni

    erm...
    erm..
    erm..

    banyak ke aku tak puas hati???

    nope..
    sikit je aku nak cete ni...(ngeh..ngeh..ngeh)
    okey la kan????
    im sorry kalau ada yang terasa (aku cakap awal2 je ni)


    aku tak sure nak cakap ADIL ke TAK ADIL?????

    Rabu, 9 November 2011

    RINDU


    Saya tak bangga kalau pasangan saya ada Master @ PhD pun..

    Saya tak bangga kalau pasangan saya belajar di luar negara pun..

    Saya tak bangga kalau pasangan saya bergaji besar pun...

    Saya tak bangga kalau pasangan saya handsome sgt pun...

    TAPI, SAYA AKAN BANGGA JIKA DIA ADA AGAMA DAN DIA AMALKANNYA..♥



    For u hubby,

    i bersyukur ada suami
    i beruntung dapat suami macam u
    i bangga jadi isteri u
    i mahu selalu ada di sisi u
    i tahu kita banyak perbezaan tetapi kita punya juga titik persamaan
    i and u saling melengkapi
    i dan u perlu saling percaya
    i dan u perlu saling menghormati
    i dan u perlu beruasaha membina kebahagiaan
    i dan u perlu saling mencintai
    i dan u perlu kepada pengorbanan
    i nak u tahu

    i sayang u
    i cinta u
    i dan u harus akui
    i and u memang berbeza

    tetapi MEREKA dapat bersatu dalam



    R.I.N.D.U



    let's tweet here

    Follow by Email