ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Isnin, 28 November 2011

APA YANG PERLU DIFAHAMKAN?


Entri kali ini khas buat yang sudah berumahtangga. Tidak silap lagi isteri dan suami adalah dari dunia yang berbeza. Kadang2 boleh berlaku pertelingkahan pada perkara2 kecil. So entri ini aku just tulis pada perkara yang biasa berlaku di antara suami dan isteri. Next time aku akan post lagi ok....enjoy it...


Komen Isteri

i) Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid.

ii) Dia hanya bantu bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku?

Balasan Suami

i) Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu.

ii) Dia mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu.


Apa yang perlu difahami oleh

Lelaki:
  • Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat.
  • Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu ajaknya sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja.
  • Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut (i.e basuh baju, sidai, basuh pinggan dan sebagainya)

Wanita:
  • Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan mampu memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko marah tidak bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak?
  • Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah sebagai tempat berehat & bertenang.
  • Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban kerana ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.

1 ulasan:

Komen la sikit

let's tweet here