ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Selasa, 15 November 2011

SEMANGAT KULA 2

8 Okt 2011- Kula masih tat berdaya. Semalaman tak makan. Namun aku tetap bubuh minyak barut. Aku cuba bagi Kula makan daging. Terkejut juga Kula nampak selera. Aku pun bagi makan dan minum kepada Kula. Kelihatan Kula dapat bertapak sedikit demi sedikit. Aku harap Kula terus kuatkan semangat. Habis selesai dia kembali tidur dalam besen. Masa aku pula pergi kerja hubby ada bawa Kula pergi klinik. Doktor cakap Kula 50-50. Siapa tak sedih bila dengar macam tu. Suami aku cakap juga lebih baik dia terus mati masa kene langgar dari terseksa begini. Aduh..lagi sedih aku dengar. Tapi aku tetap juga berusaha. Mungkin akan berlaku keajaiban. Waktu malam bila suami aku pulang dari kerja giliran dia pula take care Kula. Memang care betul hubby pada Kula. Kula dalam sakit2 pun still ada hati nak tangkap cicak. Masa Kula sihat hubby la yang setia bantu Kula tangkap cicak. Manja betul Kula dengan hubby aku.
suamiku sedang beri susu pada Kula

9 Okt 2011- Kula nampak sihat. Jalannya masih terhincut-hincut. Aku bagi Kula minum gamat supaya luka2 dalam sembuh. Agak berhasil dan kami sekeluarga bersyukur. Dalam masa yang sama mak aku bagitahu dia nak masuk bilik tidur dengan mak dan abah sebab masa sihat tempat tidur dia biasa dekat bilik mak dan abah. Tapi mak pujuk Kula tidur tempat dia sebab nanti Kula susah kalau buang air nanti. Nasibbaik Kula memahami. Sayu juga tengok muka Kula. Kula juga jenis tak suka buang air merata-rata. Kula paham sangat kalau tuannya tak suka perangai macam tu. Dan sebab tu juga Kula berusaha nak buang air dekat luar. Akhirnya Kula sedar dirinya kurang mampu, jadi bilik air sahajalah tempat terbaik Kula masa ini. Kami tak nak Kula risau yang kami marah sebab kami semua paham keadaan Kula.

15 Okt 2011 - Hari ini Kula still hidup. Memang tak sangka. Umur Kula masih panjang. dan masih menjalani rawatan kami sendiri. Walaupun terhincut-hincut Kula punya semangat tinggi. Mungkin sebab ikatan kasih sayang kami semua Kula dapat spirit untuk teruskan hidup. Hope anda semua doakan Kula sembuh. Video kat bawah ni semalam aku rakam. Kula yang kami semua sangka akan pergi rupanya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami semua. SAYANG KULA is Cat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit

let's tweet here

Follow by Email