Entah kenapa aku secara tak disengajakan nak bercakap pasal moto. Agaknya sebab aku rindu dengan motosikal aku tu kot . Jadi aku tetiba sahaja bercadang nak share tips2 yang biasa aku buat bagaimana cara-cara aku membelai motosikal kesayangan aku. Lagipun moto aku tak canggih mana. Sejenis Honda wave 125 yang sentiasa menemani aku berulang alik dari Kuala Kangsar ke Teluk Intan semasa aku study dulu. Kenangan manis kami berdua amat aku rindui. Semoga juga beliau sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Oklah...di samping ia dapat menambah ilmu kepada aku, apa salahnya korang pun dapat input macam ni kan. Dan mana yang memang teror bab moto apa kata korang share ilmu korang kat sini. Bukan semua pembaca and aku tahu. now..jom teruskan pembacaan dan jangan menguap dulu. Sian kat teman ni yang sungguh2 ni nak mengajar mike....issh..malu i..
First at all...aku cukup prihatin ngan bab no 1 ni....dan yang lain2 tu biasa2 aja..ok..korang layanzz la dulu..mana tak paham tanya cekgu ok..cekgu nak tido dulu...
Kene ikut jadual penukaran minyak pelincir dan servis supaya tahap protection enjin korang adalah tahap max punya.
Musti kene guna minyak pelincir yang terbukti keberkesanannya seperti yang aku selalu guna pelincir Shell memang baik untuk motosikal.
Korang kena rajin cuci motosikal korang sendiri. Jangan p antaq CAR WASH sebab itu untuk kebaikan korang juga sebab kalau korang basuh tentu korang sambil tengok2 mana yang tak kena kat bahagian moto tu. Mana tahu ada yang broken2 so kan dah dapat detect awal. Cegah Itu Lebih Baik Dari Merawat... (psst:kekadang aku pun malas gak..sebab orang2 kat rumah aku yang suka pakai moto aku sampi kadang2 terkene lecah2 tanah..kalau aku ja memang moto tu tak akan ke mana-mana...hehe)
Kalau ada yang rosak kene cepat2 tukar takut nanti merebak cam penyakit kalau tak diubati makin melarat.Tapi kalau takde duit tak dapat den nak tolong...hehe
Bagi manja lebih pada bahagian moto korang yang ada kaitan keselamatan korang contoh brek, tayar or apa2 yang dapat buat korang rasa selamat la.
Korang kene ada sifu. Its mean korang kalau bab moto tanyalah pada yang pakar. Tanya mengenai petua nak tahu tahap kehausan tayar misalnya. Bukan apa..setahu aku tayar2 moto kita tu ada tahap bila dia nak kene bagi minum sebab haus..eh..mana plak minum..ganti tayar la bila dah haus....bateri pun sama je la kene cek tahap elektrolit dia. Paling koman tahan 2 tahun setahu aku.
Last sekali ini penting beb. Korang mestilah seorang TELITI..apa dia murid2x..T.E.L.I.T.I..ahakzs..(ops..gurauan pagi hari)..Ok..korang kene PEKAK eh PEKA...its maksud sama ja dengan TELITI tu....kerana apa ??kerana korang kene 'make sure'kan moto korang dalam keadaan baik. supaya korang dapat merasai perbezaan yang maujud kepada moto tersebut. Submitlah kepada mekanik bertauliah jangan tak bertauliah or bengkel pekerja yang ada muka cam mat sengal ja,..sebab apa nanti tak pasal2 korang hantar moto korang dua hari kat bengkel Ah Long misalnya besok malam lebuh moto korang bila dah siap baik. This is true story aku cerita ok..cerita moto kawan aku punya abang dia hilang malam tu lepas siap selamat sampai rumah. Gamaknya ada pekerja sengal bengkel tu yang gatal tangan copy paste kunci dia. So..melopong la kawan.
ok..happy ending kan...korang kutok2 membina la post aku ni supaya aku dapat menjadi penulis yang suka menulis..haaha..ok....mekasih sebab sudi baca...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit