ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Khamis, 10 Jun 2010

PETUA BELAJAR



huh..perkara yang ana takutkan sudah berakhir..☺ Akhirnya result sudah sampai dan ana telah lulus terutamanya subjek Al-Quran yang paling ana takuti. Walaupun cukup-cukup makan je...hehe..

Haaa..baru ana dapat menarik nafas panjang...Akhirnya, tamatlah sudah pengajian ana di KISDAR ini. Di bawah ni gambar tempat ana mengaji selepas pindah dari Kisdar Ipoh...Cantikkan??? Belajar di sini memang best. Banyak kenangan pahit manis.



Alhamdulillah..CGPA ana secara keseluruhan agak sukses iaitu ana memperolehi dot..dot.hihi..anugerah dekan boleh bajet2 la juga dan kerana itulah ana dapat mengekalkan prestasi ini....Jadinya ana ingin berkongsi tips dengan teman-teman bagaimana ana memperolehi kejayaan ana ini. Pertamanya, ana memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpahan kurniaanNya ana berada ditahap ini. Sebenarnya ana bukan seorang yang cerdik tetapi ia bermula dari bagaimana kita berusaha itulah resipinya. So, bagaimana ana belajar?? Sebenarnya tips ini juga adalah mengikut kesesuaian seseorang itu. Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam mencipta sebuah kejayaan. Ana berasa tidak salah untuk berkongsi dengan kalian. Jika ia dirasakan sesuai dengan kehendak jiwa teruskanlah
ok..so, how my study??

erm...memandangkan ana mengaji Usuluddin dan menggunakan bahasa Arab jadi ia tidaklah sama seperti course2 yang lain ye..akan tetapi boleh juga guna tips ini jika rasa sesuai..mari kita mulai dengan...

  • Memasang niat yang lurus 
  • Mulakan sesuatu perkara dengan pujian kepada Allah SWT dalam mencapai keredhaanNya 
  • Jangan amal study 'last minute' tetapi sentiasa belajar dan belajar. Ini bermaksud selak helaian ilmu walaupun sebaris setiap hari. 
  • Paling penting bila ada assigment. Lebih baik siapkan awal dari due date yang ditetapkan. Jika tidak paham perlu merujuk kepada pensyarah mengikut keadaan. Pelajar perlu bijak dalam adab berhubungan dengan pensyarah bagi memperoleh berkat dalam belajar. 
  • Cara study adalah fokus di dalam kelas. Oleh sebab itu, say NO PONTENG kerana ia adalah untuk memperoleh berkat dalam belajar.☺ 
  • Setelah fokus, bolehlah study balik dengan memahami sedalam-dalamnya kerana penggunaan bahasa Arab merupakan suatu cabaran kepada ana dan memerlukan rujukan tambahan dan pencarian yang lebih. 
  • Bila exam nak dekat yang penting adalah bagaimana kita nak study memandangkan banyak perkara perlu dikejar. Erm..ana kadang2 merasa runsing sewaktu pexam nak dekat. Kadang2 kita dah study sebelum ini tapi macam tak study. Cool...memang serabut namun apa yang penting adalah, perbanyakkanlah bertawakal kepada Allah. Waktu macam ini amat digalakkan pelajar perlu bertaqarrub kepada Allah agar segala urusan kita menjadi mudah. 
  • Hafalan sebenarnya bukan cara terbaik dalam belajar namun ia amat perlu setelah sesuatu subjek itu difahami terlebih dahulu. Setelah kita dapat memahami sesuatu subjek itu, maka ia agak sedikit mudah bila kita hendak menghafal dan perlu diketahui saya tidak menghafal tanpa pen dan kertas. Ini kerana saya akan menulis sesuatu penyataan itu berulangkali. Usaha tangga kejayaan. 
  • Menghafal menggunakan teknik mengajarkan kepada orang lain juga amat berkesan. Ini kerana kita akan menyampaikan apa yang kita paham kepada orang lain. 
  • Perlu menganalisis bentuk2 soalan yang biasa keluar dan juga merujuk soalan2 semester lalu dan penting membuat penilaian kepada lecture masing2. 
  • Membuat nota mengikut keperluan dan nota tersebut adalah apa yang telah difahami. 
  • Akhir sekali, jujur pada diri. Meniru bukan cara terbaik kerana sepandai-pandai tupai melompat walaupun adakalanya tidak jatuh ke tanah tetapi fikirkanlah sendiri akan keberkatan ilmu tersebut. 
Semoga dengan beberapa tips yang tidak seberapa ini dapat ana membawa manfaat buat kalian di sana yang masih menuntut ilmu. Semoga kejayaan dapat mengiringi kalian. Ingat..gagal sekali tidak bererti untuk kali seterusnya. Putus asa itulah kegagalan kalian.☺





Di samping itu, bukan mudah menjadi pelajar yang menuntut ilmu agama ini. Terlalu banyak halangan dan cabaran yang bakal kalian tempuhi. Pada pendapat ana, kejayaan ana dalam memperolehi dekan bukanlah kejayaan yang ana harus banggakan. Jika ana dapat mengaplikasikan ilmu yang ana dapat ini, itulah buah permata yang sejati dalam erti kejayaan sebenar. Namun ana tetap bersyukur kerana ada hikmah disebaliknya. Ana akan cuba melakukan terbaik dengan ilmu yang ana perolehi. Sekurang-kurangnya mengapa ana memilih bidang agama adalah untuk memperbaiki diri. Ana ingin belajar mengenal erti hidup dalam mencapai keredhaan Ilahi. Ana berharap ana tidak memilih bidang ini untuk bermegah-megah kerana amatlah ketara perbezaan orang agama dengan orang beragama.


Ana juga ingin mengingatkan diri sendiri agar tidak menjadi fitnah sebagai orang yang menuntut ilmu agama. Memang benar, betapa sukar dan besarnya ujian untuk memelihara adab sebagai pelajar yang menuntut Ilmu Allah. Seringkali ramai yang kecundang dek ketebalan iman manusia itu sekejap naik sekejap turun. Makanya, bagi mereka yang kadang-kadang hanyut marilah sama-sama kita bermuhasabah diri. Kembalikan hati kalian agar menjadi fitri kerana segalanya bermula di hati. Jika putih hati kalian, maka baiklah akhlak kalian. Namun jika sebaliknya, sudah pasti kalian mengerti.



"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit

let's tweet here