ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Khamis, 1 Disember 2011

KEPERCAYAAN, MISTIK, IBADAT, UPACARA AGAMA DAN MUAMALAT 2



BOMOH SERU ROH MEMASUKI JASADNYA

S: Apakah hukumnya seorang bomoh yang menyeru roh ataupun makhluk halus memasuki jasadnya dengan keadaan tidak sedarkan dirinya dan ia dapat mengubati seorang pesakit?

J: Soalan ini bergantung kepada bomoh itu, samada ia menjadikan jin itu sebagai khadam walau tidak sedarkan diri. Sekiranya ia mengingati Allah maka tidaklah berdosa. Yang menjadi kebimbangan apabila tidak sedar dan mati dalam keadaan demikian. Orang yang tidak sedarkan diri itu mengubati adalah salah kerana dia dimasuki oleh jin sehingga tidak sedar diri.

KEPERCAYAAN 'KEMPUNAN' BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK

S: Adakah wujud konsep kempunan yang sering dipercayai dikalangan masyarakat melayu?

J: Kempunan itu hanya kepercayaan orang2 melayu sahaja dan suatu kepercayaan turun-temurun yang boleh membawa kepada syirik. Apabla seseorang itu meninggal dunia disebabkan oleh tidak makan terlebih dahulu, kita akan kata kalaulah dia makan dahulu mungkin tidak mati. Ini adalah bunga2 yang lari dari Qada Qadar Allah. Kesimpulannya tidak ada kempunan.

TEPUNG TAWAR, MEMUJA PANTAI DAN MANDI SAFAR

S: bagaimankah sekiranya seseorang itu mengamalkan amalan tradisi Melayu seperti menepung tawar, memuja pantai, mandi safar dan lain-lain lagi seperti sekarang. Apakah ianya tergolong dalam perbuatan syirik?

 J: Adat tradisi lama yang dilakukan seperti tepung tawar dan sebagainya adalah merupakan perbuatan yang boleh membawa kepada syirik. Manakala mandi safar adalah kepercayaan khurafat yang wajib dibuang dan dikikis dari masyarakat melayu kerana bercanggah dengan hadis yang menyatakan tidak ada nahas di dalam bulan Safar. Sementara memuja pantai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada syirik kerana mengangggap makhluk itu boleh membawa bencana dan sebagainya.

Maksud Sabda Rasulullah SAW:  Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan, tidak ada kesialan, tidak ada hal-hal tidak baik kerana burung hantu, dan kesialan bulan safar.( Bukhari dan Muslim )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit

let's tweet here