ISI TABUNG SINI NANTI AKU ISIKAN JUGA

JAMU MATA DI SINI KLIK LA SEKALI *SIAPA ADA CHURP2 BOLEH DAPAT INCOME SAMA2 DGN I KLIK U-U KLIK I ;)

0

Khamis, 8 Disember 2011

PREGNANT 1

Buat tatapan anak mama...

Mengingatkan ketika mama mengandung tempoh lalu adalah pengalaman sangat indah dan merupakan nikmat tuhan yang tidak terhingga. Perkembangan janin dari bulan pertama hingga bulan-bulan  berikutnya membuat hati mama sangat teruja.


Sepanjang 3 bulan pertama...

Mama menyedari kali ini period mama sangat lewat. Mama rasa tak sedap hati lalu mama story pada ayah. Ayah macam biasalah dengan keyakinan dia tu. Mama mengandung!!!! Untuk kepastian ayah belikan mama pregnant test. After test memang confirm la. Mama rasa terkedu. Bukan tak suka tapi teruja. Semestinya sangat gembira bila dapat tahu mama mengandung. Ayah apatah lagi. Syukur sangat-sangat. Ini bermakna mama bunting pelamin. Rezeki yang tidak terjangka.

So, bermulalah episod mama menghadapi morning sickness. Memang sangat letih bila setiap kali muntah-muntah. Macam-macam bau mama pantang sangat. Bau-bau yang sangat mama tak gemar masa itu antaranya:-

  • Minyak wangi acik Ikhsan(tak sure jenama apa tapi memang menyengat hidung)
  • Sabun basuh jenis breeze and seumpama bau2nya except DAIA yang boleh masuk.
  • Softlan lavendar (Acik faten suka sangat pakai)
  • Perfume, bedak dan segala yang wangi la kecuali bau2 yang memang really natural
Memang mama alah dengan semua itu. Sure muntah-muntah. Actually bau ayah termasuk juga dalam senarai tapi mama tak sampai hati nak cakap pada ayah masa tu. Yang pastinya mama akan muntah-muntah bila ayah berhampiran mama. Bila dah muntah barulah boleh mama duduk dengan ayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit

let's tweet here